Mendidik Mental AnakWanita & Darah
![]() Besarkan Imej |
Nilai Waktu dalam Kehidupan Insan |
|
Harga:
RM6.00
|
||
Tajuk: Nilai Waktu dalam Kehidupan Insan * 1 naskah: 0.2kg Nikmat kehidupan insan bagaikan pohon yang rendang, memiliki dahan, ranting dan dedaunan, beralun-alun mengikut irama bayu. Asas nikmat adalah iman, kesihatan dan ilmu sedangkan beribadah, berbakti dan mengamalkan ilmu merupakan ranting kenikmatan. Makna kehidupan seorang insan terletak dalam asas dan ranting kenikmatan sedangkan untuk merealisasikannya tercurah dalam nilai waktu yang digunakan. Sesungguhnya masa lampau merupakan kenangan yang tak mampu digapai lagi, masa sekarang merupakan realiti yang mesti diterima hakikatnya, sedangkan masa akan datang merupakan wawasan yang menyimpan seribu satu harapan. Pergunakanlah waktu dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjadi kenangan pahit atau realiti yang mengharukan dalam mewarnai ruang-ruang kehidupan kita, sebaliknya menyimpan kebaikan dan kenikmatan. Semoga buku ini dapat memberikan bimbingan kepada semua insan dalam mengisi waktu dengan sesuatu yang berguna dan bernilai dalam kehidupan, insya Allah. |
||
Ulasan Pelanggan:Tiada ulasan untuk produk ini.Sila log masuk untuk tulis ulasan. |
||