Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Hidupkan Batin dengan Berdoa & BerzikirMisteri Aura & Energi SURAH YASIN

Misteri Solat Subuh
Besarkan Imej


Misteri Solat Subuh

Harga: RM10.00


Tajuk: Misteri Solat Subuh
Penulis: Dr Raghib As Sirjani
Kod: DN 480
ISBN: 983-046-417-2
Kandungan: 176 m.s.

Solat adalah tongak mukmin sebenar. Tanpanya hilanglah pahala ganjaran, sia-sialah segala amalan dan terungkailah teras keimanan. Ia menjadi garis pemisah antara keimanan dan kekefuran, penyaring Mukmin dari kemunafikan. Mereka yang tetap menjaganya akan mendapat rahmat dan limpahan keredhaan Ilahi. Sebaliknya, mereka yang lalai atau selalu terleka darinya akan sentiasa dihimpit kesusahan, dibelit keresahan serta mendapat kebinasaan di akhirat kelak.

Solat Subuh berjamaah adalah ujian bagi mereka yang mengaku berjaya merangkul keimanan. Ia memerlukan tekad gigih, usaha yang berterusan serta segenap keikhlasan agar sempurna dilaksanakan tanpa sebarang tekanan. Malangnya, ia hampir menjadi bahan gurauan, tanpa memandang berat terhadap waktu dan batasan. Asalkan tertunai dan yang lainnya itu mintalah keampunan dari Allah SWT.

Buku ini membentangkan tentang betapa pentingnya peranan Solat Subuh berjemaah di dalam membina peribadi kehidupan masyarakat Mukmin. Ia juga memaparkan tentang kehidupan masyarakat Barat yang prihatin terhadap waktu Subuh demi menggapai keduniaan. Semoga kita dapat mengambil pengajaran darinya, lantas terus menggembleng tenaga untuk menjadi masyarakat yang kuat serta berdisiplin, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Ibadah Utama Misteri Solat Subuh