Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Erti Mimpi & Amalan Penawar Mimpi Buruk

Kisah-kisah Wanita Syurgawi - 1001 Mutiara - Siri 1
Besarkan Imej


Kisah-kisah Wanita Syurgawi - 1001 Mutiara - Siri 1

Harga: RM10.00


Tajuk: 1001 Mutiara - Kisah-kisah Wanita Syurgawi - Siri 1
Pengarang: Habsah Md Nor
Kod: DN 188
ISBN: 983-046-201-3
Kandungan: 240 m.s.

Buku ini memaparkan cebisan kisah-kisah yang dipetik dari buku Kisah 88 Mutiara Syurga mengenai kisah-kisah wanita solehah dari berbagai bidang yang diceburinya. Ada dari golongan isteri yang setia, ibu yang bijaksana, wanita solehah yang berjasa di medan perang, sebagai jururawat, anak yang solehah serta sanggup berhijrah di jalan Allah. Kelembutan, kemesraan dan kasih sayang merupakan fitrah yang telah dianugerahkan dalam diri wanita. Keperibadian mulia yang menghiasi wanita umpama mutiara yang indah berkilauan serta bagaikan sekuntum bunga yang harum mewangi menghiasi taman-taman syurgawi.

Setiap wanita merindui kenikmatan dan kesenangan abadi di akhirat nanti. Bagi wanita yang ingin menikmati syurgawi Ilahi, akan sentiasa sujud merendahkan diri kepadaNya dengan linangan airmata, berusaha dengan keteguhan iman, membersihkan cahayanya agar bersinar kembali setelah lama terkubur dalam lembah kejahilan. Sesungguhnya pengorbanan wanita selalu dikenang dan sentiasa terpahat dalam jiwa sebagai seorang insan yang menuangkan seberkas sinar kedamaian.

Semoga buku 1001 Mutiara Himpunan Kisah Wanita Syurgawi ini memberikan pedoman dalam diri wanita dalam menuju alam yang abadi.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini