Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Kisah-kisah Lucu Abu Nawas - Siri 1Serpihan Ummah Pelbagai Kelompok Dalam Islam (Siri 2)

Sifat 20 - Sifat-sifat Allah & Mentauhidkan Diri KepadaNya
Besarkan Imej


Sifat 20 - Sifat-sifat Allah & Mentauhidkan Diri KepadaNya

Harga: RM20.00


Tajuk: Sifat 20 - Sifat-sifat Allah & Mentauhidkan Diri KepadaNya
Pengarang: Muhammad Isa Selamat
Kod: DN 146
ISBN: 983-046-058-4
Kandungan: 376 m.s.

Keimanan yang kukuh dan lurus merupakan kunci pintu syurga. Makrifatullah atau mengenal Allah merupakan hakikat kehidupan untuk mengenal Penciptanya dan mengetahui hakikat diri sendiri. Dengan mengenal Allah akan tumbuh dalam kalbu mahabatullah atau cinta terhadap Allah, kemudian sentiasa mengharap rahmatNya. Akhirnya bersatu antara cinta, rindu dan redha dalam maqam pengabdian yang sempurna.

Membersihkan hati di atas permaidani kemuliaan Ilahi melalui iman, Islam dan ihsan, akan memancarkan sinar makrifat. Hati dan nafsu menjadi tunduk kerana mendapat bimbingan ke arah kebenaran. Biasan cahaya zuhud, sabar, syukur dan tawakal memenuhi relung kalbu menyimpan bekal aqidah yang murni dalam menghadapi kehidupan abadi. Nilai kehambaan insan tersimpuh di bawah hamparan kekuasaanNya dalam keadaan hina tak bermaya.

Semoga buku ini menjadi panduan dalam memahami sifat, asma dan keagungan Allah, sehingga meluruskan keyakinan dan menambahkan lagi nilai keimanan, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini