Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Panduan Musafir - Solat Jama' & Qasar

Rahsia Hakikat Solat
Besarkan Imej


Rahsia Hakikat Solat

Harga: RM10.00


Tajuk: Rahsia Hakikat Solat
Pengarang: Imam Al Ghazali
Kod: DN 067
ISBN: 983-9017-084-5
Kandungan: 256 m.s.

* 1 naskah: 0.3kg
* 10 naskah: 3kg

Solat adalah hadiah paling agung telah dianugerahkan Allah yang merupakan arena dialog secara langsung antara Khaliq dengan insan. Di dalamnya tersimpan jalinan rindu antara hamba dengan Rabbi, tersulam rapi dalam suatu ibadah yang murni dan sempurna. Hubungan yang ajaib itu mengandungi khazanah kenikmatan khusyuk menyatakan hakikat kehambaan makhluk dan membuktikan keagungan Allah.

Ibadah solat terhimpun segala amalan para malaikat, mewakili semua jenis ibadah seperti rukuk, sujud, tasbih, tahmid, tahlil, istighfar, doa, tilawah dan selawat, yang menghiasi gerak jasmani dan rohani. Begitu besar dan tinggi nilai hubungan yang terjalin dalam ibadah ini kerana ganjarannya memenuhi kenikmatan dunia serta akhirat. Keunikannya tersimpan dalam jalinan kemesraan hakikat dan makrifat yang membuahkan roh ketenangan dalam solat.

Semoga buku ini memberikan panduan dalam memahami hakikat solat dalam mendirikan ibadah ini dengan sempurna, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Tauhid & Feqah Rahsia Hakikat Solat