Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Kesalahan dalam SolatAmalan Surah-surah Pilihan Fadhilat & Khasiatnya (Saiz Poket)

Panduan Ringkas - Buku Pintar Asas Islam
Besarkan Imej


Panduan Ringkas - Buku Pintar Asas Islam

Harga: RM15.00


Tajuk: Panduan Ringkas - Buku Pintar Asas Islam
Pengarang: Syamsul Rijal Abd Hamid
Kod: DN 295
ISBN: 983-046-223-4
Kandungan: 352 m.s.

* 1 naskah: 0.45kg
* 10 naskah: 4.5kg

Agama Islam adalah agama yang lurus, ajarannya merangkumi segala aspek kehidupan. Norma yang digariskan merupakan pedoman hidup yang akan membawa manusia kepada kenikmatan hidup di dunia dan akhirat. Berpegang teguh dengan ajaran Islam dapat membimbing jiwa dan minda menuju keredhaan Ilahi, kemudian akan melahirkan pancaran keimanan sejernih kaca dalam setiap diri individu.

Kemajuan dibidang teknologi dan ilmu duniawi, menyebabkan manusia mengejar masa sehingga hanya sedikit waktu yang terluang digunakan untuk mengisi jiwa dengan roh keIslaman. Kadangkala kesibukan juga dijadikan sebagai alasan agar dapat melepaskan diri dari memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hamba, akhirnya di kemudian hari kita akan menanggung penyesalan yang berpanjangan.

Buku Pintar Asas Islam ini mengandungi kumpulan pengetahuan dalam agama Islam, meliputi masalah tauhid, feqah, hadith dan sejarah. Semoga buku ini menjadi panduan dalam memahami asas-asas ajaran Islam dan menjadi sumber ilmu yang bermanfaat untuk kita, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Motivasi & Bimbingan Panduan Ringkas - Buku Pintar Asas Islam