Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Menu Sya'ban - Siri Agenda Bulanan 8Sifat 20 - Sifat-sifat Allah & Mentauhidkan Diri KepadaNya

Penawar Gelisah & Murung
Besarkan Imej


Penawar Gelisah & Murung

Harga: RM5.00


Tajuk: Penawar Gelisah & Murung
Penulis: Abd Rahman Abd Majeed
Kod: DN 444
ISBN: 983-046-380-X
Kandungan: 128 m.s.

* 1 naskah: 0.12kg
* 10 naskah: 1.2kg

Segala yang bermain di fikiran insan akan jelas terpancar pada wajah dan setiap perbuatan. Kegembiraan dibayangi wajah tenang dan ceria sementara kedukaan pula dihantui muka murung dan resah gelisah dalam hidup seharian. Kesan kemurungan dan kegelisahan amat mencengkam, bahkan boleh merosakkan jiwa pengidapnya. Disusuli dengan kebosanan dan berputus asa hingga melemparkan diri ke lembah kehancuran.

Namun setiap penyakit ada penawar, segala yang tersimpul dapat dilerai dengan teknik-teknik serta pengalaman daripada mereka yang telah menjalankan kajian. Tanganilah ia dengan cara yang betul di samping berdoa dan bermunajat kepada Allah agar kegelisahan tidak berpanjangan dan kemurungan dapat dibendung. Adab kita sebagai hamba, segala usaha dan upaya mesti diiringi dengan sandaran kepada Pemilik segala jiwa, Penguasa alam semesta. Berusahalah kerana janjiNya, “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Semoga buku ini dapat memberikan tips yang berguna untuk menghindari kemurungan dan kegelisahan sehingga kita menjadi umat yang tenang dan ceria dalam mengabadikan diri pada Yang Esa, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Tempahan Surah Yasin

Banner

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Tasauf & Psikologi