Menu Zulhijjah - Siri Agenda Bulanan 12Kisah-kisah Lucu Abu Nawas - Siri 3
![]() Besarkan Imej |
Perbezaan Wali Allah & Wali Syaitan |
|
Harga:
RM10.00
|
||
Tajuk: Perbezaan Wali Allah & Wali Syaitan * 1 naskah: 0.4kg Sekian lama minda masyarakat Islam dipengaruhi dan dibelenggu dengan fahaman khurafat, tahyul, dan syirik, yang bercanggah dengan kemurnian Islam. Dari kekaburan dan kecelaruan perkara yang sebenar, lahirlah berbagai pegangan dan kelompok, menggunakan kejadian-kejadian luar biasa sebagai umpan menyelewengi iman mereka yang jahil syariat agama. Karamah para wali hanya didengar dari mulut ke mulut, takrif wali disempitkan kepada kejadian ajaib, terutama di gugusan nusantara. Tokoh-tokoh tabi'in dan pengikutnya disanjung. Akhirnya, iktibar peninggalan para sahabat hasil ikutan sunnah Rasulullah s.a.w. dipandang ringan dan diperkecilkan. Sesungguhnya Allah SWT telah menjelaskan dalam Al-Quran dan dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT mempunyai wali-wali di kalangan manusia, demikian juga syaitan mempunyai wali di kalangan mereka. Buku ini menjelaskan sempadan kewalian yang benar-benar beriman dan bertaqwa dengan kewalian yang engkar dari kalangan wali-wali syaitan. Semoga ada manfaat bagi kita semua, insya Allah. |
||
Ulasan Pelanggan:Tiada ulasan untuk produk ini.Sila log masuk untuk tulis ulasan. |
||