Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Motivasi Diri Sebagai Khalifah Di BumiAmalan Ibadah & Doa Warisan Rasulullah SAW - Al Hisnul Hasin

Hikmah Di Sebalik Ibadah
Besarkan Imej


Hikmah Di Sebalik Ibadah

Harga: RM6.00


Tajuk: Hikmah Di Sebalik Ibadah
Penulis: Syeikh Ali Ahmad Al Jarjawy
Kod: DN 443
ISBN: 983-046-379-6
Kandungan: 144 m.s.

SETIAP makhluk dijadikan di dunia untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa. Segala suruhan dan larangan ditunaikan dengan penuh taat dan setia tanpa sebarang keraguan atau tanda tanya, kerana menjunjung perintah Pencipta Yang Maha Berkuasa.

Ibadah yang dilakukan bukan mengharap balasan kerana keredhaan Allah adalah lebih utama. Tanpa pertolongan dariNya, kita akan jauh dari kebenaran dan tersesat di antara persimpangan. Hanya dengan mengikhlaskan diri dalam pangabdian, merayu belas simpati dari Ilahi, berusaha dengan kudrat yang ada dan bersyukur di atas segala nikmat yang diberi, moga-moga segala perlakuan dapat diangkat dan dipersembahkan di sisiNya.

Segala perintah Allah SWT bukan sia-sia melainkan untuk kebaikan dan manfaat semua makhluk yang bernama hamba. Semoga buku ini dapat memaparkan kepada kita hikmah-hikmah yang terkandung pada setiap ibadah yang dilakukan, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Ibadah Utama