Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Asma’ul Husna - Rahsia dan Amalan 99 Nama AllahPenawar Jiwa - Psikologi Ketenangan Minda

Khusyuk Dalam Solat
Besarkan Imej


Khusyuk Dalam Solat

Harga: RM5.00


Tajuk: Khusyuk Dalam Solat
Pengarang: Muhammad Uqbah An Nafiq
Kod: DN 330
ISBN: 983-046-256-0
Kandungan: 112 m.s.

Ibadah solat merupakan jalinan kerinduan dan kemesraan yang dirakit dalam sanubari. Begitu cantik dan indah nilai hubungan yang terjalin dalam ibadah ini kerana kenikmatan dan ganjarannya membuahkan kedamaian dalam kehidupan. Semua anugerah dan nur makrifat itu tersimpan dalam gerak jasmani dan rohani yang mengandungi khazanah kekhusyukan kepada Allah SWT.

Khusyuk merupakan amalan hati, menyatukan fikiran, tenang anggota zahir serta batin dan berpaling daripada segala sesuatu yang bukan urusan solat. Ingatan hendaklah ditumpukan kepada amalan yang sedang dikerjakan sekaligus melupakan segala peristiwa dan urusan dunia. Hakikat khusyuk umpama mengucapkan selamat tinggal kepada diri sementara hati mengembara menghayati Kebesaran, Kehebatan dan Keagungan Allah SWT.

Semoga kita tergolong insan yang mengetahui hakikat kehambaan jesteru tunduk merebahkan diri dengan penuh kehinaan mengharap redha Ilahi, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Ibadah Utama