Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Panduan Lengkap Ibadah Solat Lelaki & Wanita (Bergambar)Pesonanya Perkahwinan - Siri Bimbingan Jiwa 8

Memori Isnin - Siri Diari Seminggu 2
Besarkan Imej


Memori Isnin - Siri Diari Seminggu 2

Harga: RM5.00


Tajuk: Memori Isnin - Nostalgia Hari & Rahsia Amalannya - Siri Diari Seminggu 2
Penulis: Abu Ahmad Yasin
Kod: DN 520
ISBN: 983-046-457-1
Kandungan: 128 m.s.

HARI Isnin bagai dinanti. Inilah ketika bersejarah di dalam kehidupan manusia lantaran lahirnya seorang utusan Ilahi. Membawa rahmat dan hidayah kepada jiwa yang mahu mengerti serta memahami. Gembira dunia menyambut setelah berabad dibelenggu kegelapan yang tiada disinari cahaya nurani. Itulah Nabi Muhammad SAW, Rasul utusanNya penutup bagi sekalian wahyu Rabbani.

Jika dikisahkan berbagai kisah dan cerita, nescaya kisah Rasulullah SAW akan mendahului segalanya. Mengapa tidak? Bukankah seluruh jiwa raga dan segala harta benda telah Baginda korbankan demi Allah Yang Esa, lantas memandu umat manusia ke arah redhaNya dan terhindar dari kemurkaanNya serta azab sengsara api neraka.

Semoga keistimewaan Hari Isnin akan terus membawa berbagai keberkatan serta kemanfaatan kepada kita sebagai ummatnya dalam mengharungi kehidupan secara hambaNya yang bertaqwa, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian