Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

♂ Permata Idaman Mutiara Syurga LELAKI SOLEH (K/T)Menu Safar - Siri Agenda Bulanan 2

Menu Rejab - Siri Agenda Bulanan 7
Besarkan Imej


Menu Rejab - Siri Agenda Bulanan 7

Harga: RM5.00


Tajuk: Menu Rejab - Santapan Rohani & Kenangan Bulan Hijriah - Siri Agenda Bulanan 7
Penulis: Abu Ahmad Yasin
Kod: DN 513
ISBN: 983-046-450-4
Kandungan: 136 m.s.

REJAB datang membawa pesanan. Padanya kefardhuan solat lima waktu mula diwartakan ketika Rasulullah SAW menjalani peristiwa Israk dan Mikraj dalam menyahut seruan, menghadap ke pangkuan Ilahi. Di samping mukjizat peristiwa itu menjadi penghibur kepada Baginda SAW setelah dibelenggu kesedihan yang berganda lantaran kehilangan isteri serta bapa saudara yang telah banyak menghulurkan bantuan.

Keajaiban Israk dan Mikraj masih lagi mencabar insan hingga kini agar tunduk dan patuh kepada Khaliq, Pencipta jagat raya dan segala apa yang terdapat di dalamnya. Betapa Besarnya Kekuasaan Allah SWT yang menjalankan hambaNya merentasi kejauhan bumi hingga melangkaui ketinggian langit dunia dalam satu pertiga malam dan kemudian kembali semula.

Semoga buku ini membantu kita menjadi Mukmin sejati seterusnya membolehkan kita beramal dan memantapkan diri demi mencapai kemenangan dalam kehidupan, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini