Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

♀ Bunga Idaman Mutiara Syurga WANITA SOLEHAH (K/T)Rahsia Kota Madinah & Masjidin Nabawi

Menu Rabiulawal - Siri Agenda Bulanan 3
Besarkan Imej


Menu Rabiulawal - Siri Agenda Bulanan 3

Harga: RM5.00


Tajuk: Menu Rabiulawal - Santapan Rohani & Kenangan Bulan Hijriah - Siri Agenda Bulanan 3
Penulis: Abu Ahmad Yasin
Kod: DN 509
ISBN: 983-046-446-6
Kandungan: 136 m.s.

RABIULAWAL membawa kegembiraan kepada umat manusia. Padanya telah lahir insan mulia yang membawa berita gembira kepada mereka yang taat dalam amalan dan khabar duka kepada yang lalai leka dengan kemaksiatan. Dia adalah Rasulullah SAW utusan Khaliq untuk umat akhir zaman.

Kelahiran Baginda membawa rahmat. Sementara kewafatan Baginda pula menjadi ratap tangisan umat. Hati mana yang tidak terhiris, hinggakan saat nyawa terpisah, umatlah yang masih bermain di ingatan. Kalimah “Ummati, ummati,” sentiasa di bibir, lantaran sayang dan kasihkan kita umat yang terakhir. Namun, mampukah kita membalas kasih sayang Baginda SAW?

Semoga Rabiulawal mengingatkan kita pada kelahiran Baginda SAW, seterusnya menjadikan kita umat yang kasih serta menyayanginya. Walaupun tidak setebal kasih sayang yang telah Baginda berikan namun cukuplah jika amalan dan sunnahnya dapat dipraktikkan, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Amalan Seharian