Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Remaja | Mengenal DiriAmalan Surah-surah Pilihan Fadhilat & Khasiatnya (Saiz Poket)

Himpunan Kisah Insan Derhaka - 1001 Durjana - Siri 1
Besarkan Imej


Himpunan Kisah Insan Derhaka - 1001 Durjana - Siri 1

Harga: RM10.00


Tajuk: 1001 Durjana - Himpunan Kisah Insan Derhaka - Siri 1
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
Kod: DN 272
ISBN: 983-046-206-4
Kandungan: 240 m.s.

Insan durjana menelusuri kehidupan dengan bekal kesombongan dan keangkuhan. Setiap gerak geri dan degup jantungnya hanya untuk mengabdi kepada hawa nafsu dan menjadikan kekayaan serta pangkat sebagai pegangan hidup. Mereka membenci kebenaran, menjadikan Iblis dan Syaitan sebagai guru untuk membawa kepada kenikmatan dunia yang penuh tipu daya.

Sesungguhnya kebatilan itu akan musnah dimamah kebenaran. Kesesatan ramuan Iblis juga akan menerima kehancuran serta berakhir dengan kemusnahan. Prasasti keingkaran yang mereka bina akan roboh dan musnah dibawa arus kesombongan mereka sendiri. Yang tinggal hanyalah puing-puing kederhakaan yang akan hanyut di dalam kepunahan dan seksaan Allah. Akhirnya kederhakaan akan hancur dan kebenaran tetap tumbuh subur di sisi Allah.

Semoga buku 1001 Durjana yang menyelitkan kisah Abu Jahal, Raja Namrud, Bal'am Bau'ra, Qarun, Musalamah Al-Kazzab, Hirodus, Raja Najran dan lain-lain ini membuka tabir minda kita dalam menepis keingkaran yang ditiupkan dalam telinga dan jiwa serta melahirkan waspada dalam diri, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Kisah-kisah Teladan