Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel



Kisah Kehidupan dan Perjuangan Para Sahabat
Besarkan Imej


Kisah Kehidupan dan Perjuangan Para Sahabat

Harga: RM15.00


Tajuk: Kisah Kehidupan dan Perjuangan Para Sahabat
Pengarang: M Muhammad Zakariyya
Kod: DN 025
ISBN: 983-9017-035-7
Kandungan: 374 m.s.

Kehidupan para sahabat mengisi pentas sejarah bagaikan kilauan bintang di langit yang menghiasi tabir malam. Perjuangannya meninggalkan kemurnian tamadun yang sukar terhakis hingga di penghujung usia dunia. Persaudaraannya menyuburkan benih ketulusan dan ketinggian budi yang dapat direguk bagaikan madu oleh generasi sesudahnya. Pengorbanannya dalam menegakkan kalimah Allah tidak dibatasi oleh sempadan dan geografi.

Kisah para sahabat memantulkan gema dan bahang pengajaran dalam ruang-ruang nadi umat, sehingga membangkitkan semangat membara terhadap insan yang ingin kecemerlangan hidup. Kesabaran, kewarakan dan rasa tawadhuk menghiasi keperibadiannya dalam menjalin hubungan dengan Ilahi, begitu juga rasa kasih sayang tersulam indah dalam menjalin silaturrahim dengan sesama insan. Segenap aspek kehidupannya memiliki memori cemerlang dijadikan sebagai pedoman bagi ummah.

Semoga buku ini dapat menyumbang motivasi dalam membangun semangat dan minda mukmin dalam mencari suri teladan dalam kehidupan, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini