Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Penawar Jiwa - Psikologi Ketenangan Minda

Soal-Jawab Aqidah Islam
Besarkan Imej


Soal-Jawab Aqidah Islam

Harga: RM15.00


Tajuk: Soal-Jawab Aqidah Islam
Pengarang: Dr Abdul Aziz Muhd As Salman
Kod: DN 064
ISBN: 983-9017-081-0
Kandungan: 400 m.s.

Kebanyakan umat Islam di zaman siber, lebih senang memakai tradisi orang lain bahkan bangga dengan budaya pinjaman yang lahir dari buah fikiran semata. Nilai kehidupan mengalami hakisan yang meluruhkan keyakinan dan keimanan, kadangkala terpesong ke lembah kesesatan. Kebenaran menjadi terasing serta dibenci kerana didalamnya terkandung keikhlasan dan kejujuran yang sukar untuk mereka laksanakan.

Aqidah yang mantap akan dapat menepis fenomena kejahilan moden walaupun telah disaluti dengan pesona kenikmatan. Kekuatan dan kemurniannya meluruskan iktikad menyatu dalam makrifat. Akar yang menjunam jauh ke dasar keyakinan tidak akan tergoyang oleh badai rayuan dunia, sebaliknya semakin kukuh mengukir jatidiri dan peribadi di atas epigraf kitaran masa.

Semoga buku ini bermanfaat dalam membimbing aqidah umat ke jalan yang lurus dan diredhaiNya, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Tauhid & Feqah