Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Kisah 25 Rasul - Siri Manjaku Darul Nu'man 1-520 Sifat Fitrah Anak - Siri Keluarga Gemilang

30 Cetusan Minda - Imam Ghazali - Umat Masa Kini
Besarkan Imej


30 Cetusan Minda - Imam Ghazali - Umat Masa Kini

Harga: RM10.00


Tajuk: 30 Cetusan Minda - Imam Ghazali - Umat Masa Kini
Pengarang: Abdul Rahman Abd Majeed
Kod: DN 533
ISBN: 983-046-470-9
Kandungan: 256 m.s.

* 1 naskah: 0.36kg
* 10 naskah: 3.6kg

IMAM AL GHAZALI atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ta'us Ahmad al-Tusi al-Shafi 'i mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujah. Sehingga beliau digelar 'Hujjatul Islam' kerana kemampuannya tersebut. Beliau telah menghafal Al-Quran dan ribuan hadith pada usianya 6 tahun. Imam Al Ghazali juga sanggup berkorban segala kemewahan dunia serta mengembara dan bermusafir demi cintanya pada ilmu pengetahuan.

Ketokohan Imam Al Ghazali tiada taranya sama ada pada zaman itu mahupun sesudahnya. Imam Al Ghazali juga terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama di benua Eropah melalui hasil karyanya yang sangat bermutu. Ilmu pengetahuan beliau berkenaan dengan fiqh, usuluddin dan falsafah dikagumi sehingga beliau dilantik sebagai professor Usul al-Din pada umurnya 34 tahun. Beliau banyak merungkai kecelaruan dan masalah yang membelenggu umat, mematahkan propaganda falsafah dan ideologi songsang Barat yang mencemuh serta cuba mencetuskan huru-hara. Karya dan pemikirannya menjadi rujukan agung sehingga umat masa kini.

30 Cetusan Minda Imam Al Ghazali wasiat beliau untuk dijadikan panduan dalam membantu menghadapi segala rintangan dan cabaran hidup umat Islam masa kini, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Pendidikan & Tamadun 30 Cetusan Minda - Imam Ghazali - Umat Masa Kini