|
||||
|
|
Laman 61 |
|
| 601.
Antara Kalimah Syahadah Nabi Muhammad dan Nabi Isa Soalan: Kalau kalimah Nabi Muhammad dilafazkan: "ASY-HADU ALLA-ILAHA ILLALLAHU WA ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR-RASULULLAH", bagaimanakah pula kalimah Nabi Isa dilafazkan? N. Millip, K Kinabalu
Jawapan: Kalimah tauhid atau syahadah menunjukkan kepada penolakan terhadap kemusyrikan. Sebab tauhid itu merupakan pengakuan terhadap ke-Esaan Allah SWT. Tidak ada tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Jika ada orang yang menyembah selain daripada Allah, maka ia tergolong kepada orang-orang yang musyrik. Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan Tuhan-mu adalah Tuhan Yang Maha Esa , tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang". (Al Baqarah 163) Kalimah syahadah kalimah pengakuan seorang hamba terhadap ke-Esaan Allah dan kerasulan utusan yang ditunjuk oleh Allah SWT. Menurut setengah ulama ada yang mengatakan bahawa kalimat tauhid ini sama saja semenjak Nabi Adam as sehinggalah Nabi Muhammad. Cuma dalam syahadah Rasul disebutkan ketika zaman Rasul tersebut. Jika pada zaman Nabi Adam as, maka syahadah Rasulnya dengan meneybutkan "Adam Rasulullah Alaihi Salam" dan jika nabi Isa maka disebut dengan "Isa Rasulullah Alaihi Salam". Namun setelah berakhirnya perjuangan menegakan tauhid oleh semua rasul tersebut maka berakhirlah pengamalan ucapan syahadah rasulnya dan terakhir sekali disempurnakan ajaran Islam (tauhid) itu oleh Nabi Muhammad SAW. Setelah diutus Nabi Muhammad SAW maka tidak bolehlah dipakai syahadah Rasul yang sebelum baginda. ^ Kembali ke atas ^ 602. Kenapa Nabi Muhammad dan Bukan Nabi Isa atau Yang Lainnya Soalan: Mengapakah penyampaian agama Islam lebih cenderung atau ditekankan hanya kepada Nabi Muhammad dan tidak ditekankan bersama nabi-nabi yang terdahulu seperti Nabi Isa a.s. sedangkan ianya tidak kurang pentingnya dari segi keagamaan? N. Millip, K Kinabalu
Jawapan: Seluruh para nabi yang diutuskan oleh Allah SWT mengajarkan ajaran tauhid atau ajaran Islam (selamat sejahtera). Di dalam Islam dengan jelas menegaskan agar para pengikutnya beriman dengan para nabi yang diutuskan oleh Allah tersebut semenjak daripada Nabi Ada as. hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW. Maka tidak timbul istilah bahawa Islam tidak menekankan atau tidak mengambil berat terhadap nabi-nabi terdahulu. Al Quran sebagai sumber kitab ajaran Islam (tauhid) yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW merupakan kitab yang lengkap dan sempurna. Di dalamnya terkandung ajaran yang pernah disampaikan didalam Zabur nabi Daud, kitab Taurat nabi Musa, dan kitab Injil yang dibawa oleh nabi Isa as. Di dalam al Quran telah dijelaskan bahawa agama yang paling benar adalah agama Islam. Sedangkan Islam adalah miliki seluruh nabi dan rasul. Maka tidak timbul ada agama lain selain Islam. Kristian, Yahudi atau yang lainnya bukanlah agama disisi Allah. Istilah agama Kristian atau agama orang Yahudi timbul setelah adanya penyelewengan yang dilakukan oleh pengikut Nabi Isa ataupun pengikut Nabi Musa. Pada asasnya Nabi Musa, Nabi Isa serta nabi-nabi yang lain mengajarkan agama Islam (agama yang membawa selamat dan sejahtera). Bahkan di dalam kitab Zabur, Taurat dan Injil yang asal dengan terang-terang menyebutkan bahawa ajaran tauhid atau Islam yang mereka bawa itu pada suatu saat nanti akan disempurnakan oleh seorang rasul yang bernama Muhammad. Setelah diutusnya Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir, maka seluruh umat di dunia ini diperintahkan oleh Allah agar mengikut ajaran yang sempurna dan lengkap tersebut. Akhirnya ramai para pendita yang mengetahui akan kehadiran Nabi Muhammad tersebut memeluk Islam setelah lama dalam penantian. Walaupun begitu ramai juga para pendita yang menafikan kerasulan Nabi Muhammad, bukan kerana mereka tidak percaya kebenarannya tetapi lantaran mereka tidak suka bahawa Rasul yang mereka tunggu itu lahir bukan dari keturunan mereka sendiri. ^ Kembali ke atas ^
603. Kesan Hubungan Islam dengan
Kristian N. Millip, K
Kinabalu
Jawapan: Telah dijelaskan bahawa agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW adalah menyempurnakan agama Islam yang di bawa oleh nabi Isa Alahi salam. Bahkan dalam Kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa dengan tegas menjelaskan bahawa sesudah baginda akan diutus seorang Rasul yang akan menyempurnakan ajaran Islam (tauhid) yang baginda bawa. Bahkan dengan jelas pula disebut nama Rasul yang akan diutus oleh Allah nanti. Pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan jelas pula baginda bersabda bahawa sembelihan ahli kitab (iaitu orang-orang Kristian yang beriman kepada Allah dan Nabi Isa serta beriman dengan kemunculan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul) boleh dimakan. Namun para ahli kitab ini akhirnya memeluk ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad, kerana mereka mengetahui bahawa Islam telah lengkap dan sempurna dengan diutusnya nabi yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW. Maka tidak timbullah orang Kristian sekarang ini merasa kecil hati dengan tidak bolehnya orang Islam memakan sembelihan mereka sebab sembelihan mereka tidak lagi mengikut syariat Islam baik yang dibawa oleh Nabi Isa mahupun Nabi Muhammad SAW. ^ Kembali ke atas ^
604. Jimak 4 x dan Mandi Wajib 1
x Azwan, Klang
Jawapan: Bagi suami isteri yang telah melakukan jimak maka hendaklah ia melakukan mandi wajib. Jika dalam melaksanakan jimak tersebut keluar mani beberapa kali, maka cukuplah mandi wajib itu sekali saja setelah proses keseluruhan jimak itu berakhir. Namun setelah berjimak kemudian mandi wajib setelah itu melakukan jimak (atau keluar mani lagi) maka hendaklah mengulangi mandi wajib. Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Abdullah bin Qais bertanya kepada Aisyah ra. "Bagaimana perbuatan Rasulullah SAW dalam mandi janabah, apakah baginda mandi sebelum tidur atau tidur sebelum mandi ?" Aisyah segera menjawab: "Semua cara itu pernah dikerjakan oleh baginda. Adakalanya baginda mandi sebelum tidur dan seringkali juga berwuduhuk sebelum tidur". Kemudian Abdullah bin Qais berkata: "Alhamdulillah semua perkara ada kelonggarannya". Walaupun anda melakukan sekali jimak samada keluar
mani ataupun tidak maka anda wajib mandi. Jika selama ini anda tidak
tahu tentang ketentuan agama ini lantaran kejahilan anda, maka bertaubatlah
dan belajarlah ilmu agama secara lebih mendalam agar tidak terjerumus
ke dalam dosa dan maksiat. Untuk lebih jelas belilah buku yang berkaitan
tentang mandi wajib ini, kerana ini merupakan perkara asas yang wajib
diketahui oleh setiap umat Islam. ^ Kembali ke atas ^
605. Waktu dan Ketika Melafazkan
Kalimah 'Masya Allah' Ayubby, KLumpur
Jawapan: Kalimah 'Masya Allah' diucapkan apabila melihat sesuatu yang menakjubkan pada dirinya, anaknya hartanya atau yang lainnya, lalu ia merasa takut kepada pandangan mata yang jahat akan mengganggu serta mencelakakannya. 'Masya Allah' maknanya "Apa yang terjadi sudah dikehendaki Allah". Dari Anas ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa melihat sesuatu ia kehairan-hairan atau takjub, maka dibacanya "Masya Allahu Laa Quwwata illa Billahi". (Apa yang terjadi adalah sudah dikehedaki Allah, tiada kekuatan kecuali dengan izinnya) nescaya sesuatu itu tidak akan memudaratkannya". (Riwayat ibnu Sunni) ^ Kembali ke atas ^
606. Antara Syiah dan Sunni, Mana
Satu? Moci, Indonesia
Jawapan: Agama Islam adalah yang benar dan lurus, tidak ada agama yang diterima disisi Allah melainkan Islam. Semenjak dari Nabi Adam hinggalah Nabi Muhammad SAW semua ajaran yang dibawa oleh para Rasul tersebut adalah Islam. Setelah wafatnya Rasulullah SAW maka timbullah berbagai mazhab dalam Islam. Sebetulnya terbentuknya mazhab dalam Islam bukanlah membangkitkan perkara yang pokok, tetapi lebih banyak mebincangkan perakara yang bersifat cabang atau hal yang kecil-kecil, sedangkan masalah aqidah tidak disinggung kerana ia merupakan perakara asas yang wajib diimani oleh seluruh umat Islam. Imam atau pemimpin umat Islam adalah Rasulullah SAW. Segala ajaran yang dibawa baginda mengandungi segala aspek kehidupan dan memberikan pedoman hidup demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW maka setiap individu telah menempuh jalan kebenaran dan akhirnya akan memperoleh tempat kembali yang mulai di akhirat kelak iaitu syurga. Ajaran Islam yang dibawa oleh ulama Sunni maksudnya ulama yang menjalankan Islam mengikuti Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Kebenaran dan nilai ajarannya tidak mengandung khurafat dan taksuf yang berlebih-lebihan terhadap seseorang sehingga mengatasi kelebihan yang Rasulullah SAW. Sedangkan kebanyakan ajaran yang terkandung di dalam ajaran Syiah lebih mengagung-agungkan orang-orang tertentu dan bahkan menganggap malaikat Jibril telah tersilap dalam menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad. Menurut sebahagian mereka, yang berhak menerima wahyu dan menjadi nabi bukanlah Nabi Muhammad tetapi orang lain. Banyak lagi ajaran-ajaran yang mereka bawa merupakan rekaan di kalangan ulama mereka yang tidak arif tentang agama. Mungkin juga tujuan asal kerana politik dan sebagainya sehingga kesannya begitu mendalam terhadap umat Islam itu sendiri. Untuk lebih memahami akan hakikat Syiah dan Sunni tidak memadai dalam ruangan tanya jawab ini, ada baiknya membaca buku-buku yang membahas perkara tersebut dan merujuk kepada ahli agama yang arif tentang masalah ini. Masuklah dan peluklah agama Islam, insya Allah,
anda akan menemukan sesuatu yang berharga dalam hidup anda. Pelajari
Islam dengan sebenarnya dan jangan sekedar menilai Islam ini dari sikap
dan tingkah laku segelintir umatnya yang sekarang ini telah banyak yang
ingkar, tapi nilailah ajaran Islam itu secara jujur iaitu menurut konsep
dan asas serta pokok-pokok ajarannya. Pelajarilah Islam yang dibawa
dan dikembangkan oleh ulama Sunni, terutama di daerah kita konsep Ahlussunnah
wal Jamaah (Sunni) lebih jelas dan mudah difahami sehingga tidak mengelirukan
fikiran yang ingin mempelajarinya. Wallahu A'lam. ^ Kembali ke atas ^ 607. Mengharapkan Doa Si Mati Soalan: Bolehkah kita yang masih hidup, berdiri di sisi kubur seorang islam dan meminta supaya Ahli kubur tersebut berdoa untuk kita kepada Allah walau untuk apa tujuan sekalipun? Rahmat, KLumpur
Jawapan: Orang yang telah meninggal dunia terputus segala amalannnya, mereka hanya menunggu masa untuk dihisab segala sesuatu yang pernah dikerjakan ketika hidup di dunia. Sebetulnya orang yang hiduplah yang mesti mendoakan orang telah meninggal dunia bukan orang yang telah meninggal dunia yang mendoakan untuk orang yang hidup. Sangatlah keliru dan boleh merosakkan amalan dan aqidah jika seseorang mengharapkan doa daripada kubur orang yang telah mati. Wallahu A'lam. ^ Kembali ke atas ^ 608. Ingkar Sunnah Soalan: Apakah dalil atas nas yang dapat tuan berikan kepada orang-orang yang tidak mempercayai hadis? Rahmat, KLumpur
Jawapan: Seseorang yang tidak mengikut sunnah Rasulullah SAW dan mengingkarinya maka mereka tidak ke dalam umat Rasulullah SAW. Mereka akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang sesat dan ingkar. Sunnah bermaksud sesuatu yang diperolehi dari Rasulullah SAW baik berbentuk perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat kelakuan mahupun perjalanan hidup samada sebelum baginda dilantik sebagai Rasul ataupun selepasnya. Disisi Ulama Usul, sunnah bermaksud sesuatu yang dinakalkan dari Rasulullah SAW baik berupa perkataan, perbuatan mahupun pengakuan. Umpamanya Rasulullah SAW bersabda: "Bandingan seorang mukmin itu dengan seorang mukmin yang lain ibaratkan satu binaan yang kukuh, yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain". Dari sudut perbuatan pula ialah amalan Rasulullah SAW ketika menunaikan fardhu Haji, solat, mengambil wuduk, berpuasa dan amalan-amalan lain yang menjadi ikuatan kepada umat Islam. Sunnah dalam bentuk pengakuan pula ialah diamnya baginda SAW terhadap sesuatu perbuatan yang berlaku dihadapan baginda, seperti peristiwa para sahabat memakan daging Dab di hadapan baginda, walaupun baginda tidak turut memakannya, namun baginda tidak pula melarang para sahabatnya daripada berbuat demikian. Jadi segala hadis yang telah disampaikan Rasululah itu adalah sunnah yang merupakan segala pedoman yang telah diajarkan dan ditunjuk oleh Allah. Jadi mengingkari sunnah atau hadis sama dengan mengingkari kebenaran yang dibawa Rasulullah dan ajaran Islam itu sendiri. ^ Kembali ke atas ^
609. Menyambut Maulidur Rasul (Hari
Lahir Nasi SAW) Rahmat, KLumpur
Jawapan: Menurut Imam As Sakhawi, sambutan maulid Nabi berlaku selepas kurun ke 3. Sejak itu umat Islam di seluruh kota dan bandar-bandar besar mengadakannya. Mereka bersedekah di malam harinya dengan berbagai sedekah, mereka mengambil berat dalam soal membaca maulid nabi. Ibnu Jawzi pula menegaskan diantara keistimewaan sambutan maulid nabi ini ialah beroleh keamanan kepada masyarkat dan negara disamping termakbul segala yang diimpikan. Al Imam Sayuti dan Ibn Hajar Al Haithami berpendapat perayaan maulid nabi adalah bid'ah tetapi bid'ah hasanah. Al Imam ibnu Hajar berdalilkan dengan sabda Rasulullah SAW ketika tiba di Madinah, baginda mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura, lalu baginda bersabda: "Hari apa ini yang kamu sedang berpuasa untuknya ? Mereka menjawab: "Ini adalah hari yang agung, hari dimana Allah menyelamatkan Musa as. dan kaumnya dan menenggelamkan Firaun dan kaumnya, lantas Musa as. berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Kami turut berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Kami lebih berhak dan lebih awal mengukuti jejak langkah Musa as. daripada kamu". Lantas Rasulullah SAW berpuasa dan menyuruh umatnya berpuasa". (Riwayat Bukhari dan Muslim) Menurut Ibn Al Haj, Nabi SAW dan para salafussaleh meninggalkan sambutan maulid Nabi, sebagai menunjukkan rahmat terhadap umatnya dan belas kasihan baginda ke atas mereka. Nabi tidak berbuat demikian kerana takut diwajibkan ke atas umatnya. Ibnu Hajar menjelaskan juga perayaan sambutan maulid dan pembacaan zikir-zikir sebagaimana yang dilakukan masyarkat kita sekarang, kebanyakannya mengandungi unsur-unsur kebaikan seperti bersedekah, berzikir, berselawat dan salam ke atas Rasulullah SAW. Tetapi ada juga sambutan itu mengandungi keburukan seperti antara kaum wanita dan lelaki asing (tidak muhrim) meraikan secara bersama. Maka jika ini yang terjadi membuat sambutan itu dilarang. Ini berdasarkan kaedah yang masyhur: "Membendung kefasadan (kemungkaran) hendaklah didahulukan dari mengutamakan kemaslahatan". Orang yang yakin berlaku sesuatu keburukan dalam
sambutan majlis Maulid Nabi yang diadakan, tetapi diadakan juga majlis
tersebut, ia dikira telah melakukan maksiat. Wallhu A'lam. ^ Kembali ke atas ^
610. Suami yang Tidak Memuaskan
Nafsu Isterinya Ketika Berjimak Ain, Temerloh
Jawapan: Dalam perkahwinan antara suami isteri terdapat unsur seksual yang menjadi landasan rumahtangga. Ertinya suatu perkahwinan akan menjadi bermakna apabila kehidupan seksual suami isteri berjalan dengan baik. Meskipun ada unsur-unsur lain yang mendorong tercipatanya rumahtangga yang harmoni seperti ekonomi, namun faktor seksual adalah yang paling menonjol. Kegagalan suami ataupu isteri di dalam menjalankan tugas seksual mengakibatkan retaknya hubungan antara keduanya dan berakhir dengan tekanan dan stres. Di dalam melakukan jimak suami hendaklah mengikut tuntunan sunnah sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW. Jika para suami mengikutinya maka tidak akan timbul isteri tidak puas dalam menikmati hubungan jimak, seandainya suami mengabaikan kehendak dan kepuasan isteri maka suamipun tergolong berdosa sebab tidak memenuhi fitrah keisanan isteri dengan sempurna. Itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kepada para suami sebelum mengadakan jimak agar berwuduk terlebih dahulu agar tubuh merasa segar dan cergas. Kemudian baginda menyuruh memakai wangi-wangian agar keghairahan dan semangat berjimak sentiasa membara. Setelah itu Rasulullah SAW menganjurkan kepada suami sebelum berjimak hendaklah melakukan cumbu rayu terlebih dahulu, setelah kepuasan cumbu raya mencapai puncaknya barulah dilakukan jimak. Kemudian Rasulullah mengajarkan kepada para suami, jika terlebih dahulu mencapai hajatnya sedangkan isterinya belum, maka isteri dapat menyuruh suaminya agar jangan mencabutnya terlebih dahulu. Dalam keadaan demikian isteri boleh aktif dan suami boleh membantu isterinya untuk mencapai tahap orgasma. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menggauli isterinya hendaklah ia mengerjakannya dengan bersungguh-sungguh. Maka apabila ia selesai janganlah ia cepat-cepat meninggalkan isterinya sehingga isterinya menyelesaikan hajatnya juga". Diantara panduan lain agar suami dapat menikmati orgasma secara bersama adalah, bagi suami yang menyedari bahawa dirinya cepat keluar mani, hendaklah ia berusaha melambatkan keluar mani dengan cara mengalihkan perhatian kepada perkara-perkara lain. Sedangkan di pihak isteri harus berusaha dengan sungguh-sungguh agar cepat sampai ke tahap orgasma. Apabila diketahui isteri sudah mencapai orgasma (kepuasan) barulah suami memusatkan perhatian dengan sepenuhnya. Dengan cara demikian insya Allah isteri tidak akan sentiasa kecewa. Jika suami termasuk jenis orang yang terburu-buru, maka isteri hendaklah memberitahukan kepadanya agar tidak terburu-buru memasukkan zakarnya sampai isteri betul-betul memuncak nafsu berahinya. Isteri hendaklah menyuruh suaminya mencumbu dan menciumnya dengan masa yang lama dengan cara itu dapat menolong mempercepat isteri mencapai orgasma. Kemudian isteri harus mengerti keadaan suami yang tidak tahan lama dan cepat selesai itu. Dengan demikian isteri hendaklah berusaha agar dirinya cepat mencapai kepuasan, dan berusaha untuk serentak dengan suami agar kenikmatan sentiasa dinikmati bersama. Sebetulnya antara suami dan isteri hendaklah memahami
sunnah yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW di dalam melakukan
hubungan antara suami dan isteri dengan demikian insya Allah kenikmatan
berjimak akan dirasakan secara bersama. Yang paling penting kerjasama
dan saling pengertian antara suami isteri perlu diwujudkan barulah kebahagian
dapat nikmati. ^ Kembali ke atas ^
|