|
||||
|
|
Laman 60 |
|
| 591.
Dipaksa Murtad Soalan: Sekiranya seorang yang beragama Islam dipaksa keluar dari agama Islam atau sekiranya dia enggan,dia akan di bunuh. Apakah yang harus dilakukan olehnya? Adakah hal ini termasuk dalam hukum darurat dalam Islam? Badariah, Shah Alam
Jawapan: Berjuang menegakkan kebenaran merupakan tanggungjawab setiap umat Islam, apatahlagi berjuang mempertahankan aqidah Islamiyah yang telah tersemat didalam jiwa merupakan perkara yang wajib. Begitu ramai para sahabat Rasulullah SAW wafat diujung tombak lantaran mempertahan ketauhidan yang ada di dalam jiwanya. Walaupun mereka dipaksa agar meninggalkan ajaran Islam yang mulia dan jangan mengucapkan lagi akan kalimah tauhid namun mereka tetap dengan pendiriannya, akhirnya mereka mati dalam keadaan syahid memperjuangkan akidah dan keyakinannya. Jika anda berhadapan dengan ancaman dan paksaan
dari pihak tertentu yang memaksa anda agar keluar dari agama Islam maka
menjadi kewajipan anda untuk mempertahankannya. Pertama, negara kita
adalah negara merdeka yang memiliki hukum dan undang-undang yang menjaga
hak setiap individu, maka segeralah melaporkan perkara ini kepada pihak
yang berkenaan seperti jabatan agama Islam ataupun pihak polis. Kedua,
anda juga boleh membuat pilihan yang bijak seperti memberitahukan hal
ini kepada ahli keluarga ataupun berpindah dari tempat sekarang ke tampat
yang lebih selamat dalam negara ini. Maka tidak timbullah istilah darurat
jika masih ada alternatif lain yang dapat kita lakukan. Jangan biarkan
orang kafir menguasai diri kita, kerana perkara itu hanya menjatuhkan
martabat dan kemuliaan ajaran Islam sekaligus menjatuhkan ketinggian
martabat keinsanan anda sendiri. Wallahu A'lam. ^ Kembali ke atas ^ 592. Menyemir Rambut Soalan: Untuk pengetahuan bapak, saya pemuda berumur 20 tahun, saya merasa malu kalau sudah beruban, itulah sebabnya rambut saya disapu dengan semir. Apakah hukumnya menyemir rambut tersebut? Handy, Malang
Jawapan: Imam Syafie Rahmatullah alaihi berkata bahawa Rasulullah SAW kadangkala menggunakan bahan pencelup dan kadangkala tidak menggunakannya. Dengan itu menyemir rambut adalah sunnah namun begitu penggunaan bahan pencelup hitam adalah haram. Sedangkan menurut ulamak Hanafi, menyemir rambut adalah mustahab dan penggunaan bahan pencelup hitam adalah makrum (dibenci oleh Allah). Sila rujuk buku: 1. Insan Teladan Sepanjang Zaman DN 048 ^ Kembali ke atas ^ 593. Mencegah Kehamilan Soalan: Apakah hukum seseorang wanita menggunakan 'IUCD' (sejenis alat yang dimasukkan ke dalam sistem peranakan wanita bagi mencegah kehamilan) diatas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan jarak kehamilan dilakukan dan apabila wanita itu meninggal dunia. Adakah alat tersebut wajib dikeluarkan dari tubuh badan beliau? Aniza, Bukit Kayu
Hitam
Jawapan: Pemandulan ialah satu cara untuk mencegah kehamilan kepada perempuan selama-lamanya atau sementara waktu. Jika untuk selama-lamanya tidak ada perselisihan di kalangan ulamak dari segi pengharmannya, kerana ia menghapuskan keturunan yang diperintahkan oleh syarak menjaganya ataupun memperbanyakkannya. Menurut Ibnu Hajar, "haram menggunakan sesuatu yang boleh menghapuskan kandungan selama-lamanya sebagaimana yang ditegaskan oleh kebanyakan ulamak, inilah yang zahirnya". Pemandulan selama-lamanya berlaku dengan cara memotong saluran mani dan mengikatnya bagi lelaki dan dengan cara membuang saluran telur dan rahim atau memotong dua saluran falopian dan mengikatnya bagi perempuan. Sedangkan pemandulan sementara pula hukumnya adalah harus atau boleh kerana dikiaskan dengan 'azal (maksudnya suami memancarkan maninya di luar rahim isterinya untuk mengelakkan dari mengandung). Al Bujairimi menjelaskan "Adapun melambatkan atau menjarakkan kehamilan buat sementara waktu dengan tidak menghentikannya sama sekali maka hukumnya tidaklah haram, menurut pendapat yang zahir, malah jika dengan sebab sesuatu keuzuran seperti faktor kesihata, untuk mendidik anak tidaklah makruh hukumnya melewatkan masa mengandung. Jika tidak ada alasan yang kuat maka hukumnya makruh". Jadi jika usaha yang anda lakukan untuk menjarakkan
kelahiran anak hanya bersifat sementara waktu dan dilakukan dengan sebab-sebab
keuzuran atau faktir kesihatan dan lain-lain yang dapat dierima dari
segi syarak, maka dibolehkan menjarakkan kehamilan. Seandainya dalam
masa memakai alat menjarangkan kehamilan itu wanita tersebut meninggal
dunia, maka tidak perlulah menyakiti si mayat dengan bersusah payah
mengeluarkan sesuatu yang hukumnya harus atau boleh. Dengan memegang
syarat bahawa tujuan pemasangan alat tersebut hanya bersifat sementara
bukan sebaliknya dengan tujuan untuk selama-lamanya yang menyebabkan
pemakaian alat tersebut menjadi haram. ^ Kembali ke atas ^
594. Menasihati Calon Isteri Hamba Allah,
NS
Jawapan: Itulah sebabnya istilah tunang yang berlarutan hingga berbulan dan bertahun tidak ada dalam ajaran Islam. Syariat Islam hanya membolehkan seseorang itu merisik keadaan calon isteri, dengan tujuan agar tidak tertipu dengan keadaan sebenar wanita tersebut seperti keadaan kesihatannya, keturunannya dan sebagainya. Jangka masa pertunangan yang lama disamping dapat mendatangkan fitnah juga menimbulkan masalah dalam perhubungan. Sebenarnya tidak hak bagi calon suami terhegeh-hegeh ingin menasihati calon isterinya kerana mereka belum lagi bernikah. Jadi batas hubungannya hanya sekedar ingin mengetahui keperibadian, kesihatan, keturunan dan aspek lain yang mungkin menjadi ciri khas tertentu bagi membuat pemilihan. Tetapi jika anda merasakan bahawa calon isteri tersebut memiliki keperibadian atau akhlak yang tidak baik, maka lebih baik sebelum diadakan pernikahan, lakukanlah solat sunat istikharah, agar Allah tentukan jodoh yang terbaik untuk anda. ^ Kembali ke atas ^
595. Ucapan Selawat Rasulullah SAW Zulsaid, Tg.Balaikarimun,
Indonesia
Jawapan: Selawat kepada Nabi ada tiga macam tingkatan: 1. Selawat Allah kepada Nabi dan Rasul-Nya istimewa kepada Nabi Muhammad SAW, bererti Allah memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad SAW kepadaNya. 2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul serta Nabi Muhammad SAW bererti malaikat-malaikat mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan. 3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad SAW bererti mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya. Di dalam kitab suci Al Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Al Ahzab ayat 56) Menurut Imam Syafie selawat itu wajib dibaca dalam tasyahud akhir iaitu diantara tahiyyat dan salam. Menurutnya lagi dalam kitabnya Al Musnad, Sunnah Rasulullah SAW dalam melaksanakan solat jenazah adalah bertakbir pada permulaannya, setelah itu membaca fatihah lalu tkbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali yang ketiga". Jadi jika selawat itu merupakan perkara sunnah atau yang diwajibkan kerana diamalkan oleh baginda Rasulullah SAW, maka bacaan selawat yang dibaca oleh Rasulullah SAW samalah dengan bacaan selawat yangkita baca. Tidak perlulah diragui lagi tentang perkara ini, sedangkan Allah dan
para malaikat sendiri berselawat kepada Allah, sudah tentu Rasulullah
SAW sebagai kekasihNya mensyukuri rahmat Allah yang luas itu dengan
mengucapkan perkara yang sama seperti yang ditunjuk oleh Allah SWT.
Begitu juga halnya dalam perkara syahadah, Rasulullah SAW juga mengucapkan
syahadah yang sama seperti yang diajarkan kepada seluruh manusia. ^ Kembali ke atas ^ 596. Melihat Aurat Sejenis Soalan: Apakah hukumnya seseorang lelaki itu melihat kemaluan seorang lelaki yang lain? Adakah ianya haram? Tetapi, bagaimana pula sekiranya lelaki tersebut bertujuan untuk mengetahui sama ada kemaluannya normal seperti lelaki lain atau tidak? Zul, Klang
Jawapan: Melihat aurat orang lain hukumnya haram tidak kiralah kepada kaum sejenis ataupun sebaliknya. Walaupun begitu melihat aurat kanak-kanak kerana untuk menguruskan kemaslahatnnya tidaklah haram. Bagi seorang lelaki yang ingin mengetahui keadaan atau kemampuan zakarnya kepada orang yang mengetahui seluk beluk perkara tersebut seperti doktor perkara ini dibolehkan. Sebab ia menyangkut aspek kesihatan dan masa depan seseorang. ^ Kembali ke atas ^ 597. Melihat Gambar Lucah di Bulan Ramadhan Soalan: Saya ada membaca sebuah buku agama yang menyatakan bahawa hukum melihat gambar lucah ketika di bulan Ramadhan adalah "makruh". Adakah pernyataan ini benar? Suhaimi, Klang
Jawapan: Fuqaha Syafi'iyah memakruhkan seseorang yang sedang berpuasa dengan sengaja membangkitkan atau memancing nafsu berahi, baik dengan berpandang-pandangan, berciuman atau saling mendengar kata-kata yang mengarah kepada perkara tersebut. Perkara ini akan menjadi haram apabila dilakukan dengan orang yang dilarang syarak dia melakukan itu baik di luar puasa mahupun di dalamnya. Melihat gambar lucah ertinya melihat aurat atau kemaluan orang lain. Perkara ini sudah jelas berdosa, tidak kiralah pada bulan Ramadhan ataupun bulan-bulan yang lain. Sila rujuk buku: 1. Bimbingan Lengkap Fardhu 'Ain - IBADAH PUASA DN 054 ^ Kembali ke atas ^ 598. Pakaian Ketika Solat Soalan: Bolehkah saya solat dalam pakaian yang tidak lengkap contohnya saya memakai seluar pendek (bermuda) tetapi saya masih memakai telekung. Apakah hukumnya? Siti Aishah, Skudai
Jawapan: Salah satu syarat sah solat adalah menutup aurat. Aurat lelaki di dalam solat adalah anggota badan yang diantara pusat dan lutut. sedangkan aurat perempuan dalam solat adalah sekelain anggotanya kecuali muka dan tapak tangan. Jika anda telah menutup seluruh bahagian tersebut bereti telah memenuhi salah satu syarat sah solat, sedangkan pakaian di bahagian dalam tidaklah menjadi perkiraan sebab tubuh anda telah ditutupi dengan telekung. Sila rujuk buku-buku berikut: 1. Bimbingan Lengkap Ibadah Solat DN
200 ^ Kembali ke atas ^ 599. Cara Memberitahu Ibu tentang Menutup Aurat Soalan: Saya mempunyai seorang ibu. Alhamdulillah....dia adalah seorang yang bertanggungjawab dan tidak lalai terhadap kewajipan terhadap Allah.... Namun masalahnya di sini ialah dia memakai tudung hanya tudung pendek dan kemudian hanya memakai baju lengan panjang dan memakai seluar. Setahu saya aurat wanita juga merangkumi bentuk badan seseorang wanita itu. Apakah hukumnya dan bagaimana saya dapat memberitahunya dengan penuh hikmah? Kidd, Muar
Jawapan: Sangat terpuji keperibadian seorang anak yang mengambil berat tentang hal ehwal kehidupan ibunya sendiri. Sebab anak yang soleh disamping mendoakan terhadap kedua ibu bapanya juga berbakti dan mengabdikan diri kepada mereka. Di dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran merupakan tanggungjawab setiap indivdu dan dalam hadis juga disebutkan "Sampaikanlah yang hak itu meskipun pahit". Walaupun begitu menyampaikan sesuatu yang bersifat amar makruf nahi mungkar kepada ibu memerlukan seni dan kaedah yang baik agar ibu tidak tersinggung dan merasa kecil hati dengan penyampaian kita tersebut. Kerana jika ia telah tersinggung terhadap anaknya dikhuatirkan menimbulkan keretakan hubungan antara ibu dan anak.Ada beberapa pendekatan yang boleh dilakukan untuk menyampaikan perkara ini. Jika anda sanggup untuk menyampaikannya secara langsung maka sampaikanlah, namun jika anda merasa khuatir dan anda seorang perempuan mulailah dari diri sendiri dengan memakai pakaian muslimah dan bawalah buku agama yang membahas tentang pakaian seorang muslimah tersebut sebagai rujukan untuk diperbincangkan dengan ibu anda. Dengan demikian ia merasa bertanggungjawab untuk mengikuti pakaian anda yang sesuai dengan syariat Islam. Seandainya anda seorang lelaki sampaikanlah dengan bahasa yang baik dan hikmah tentang hukum hakam berkaitan dengan pakaian muslimah dan gunakanlah buku sebagai rujukan agar anda tidak dianggap seperti orang memandai-mandai dalam kemaslahatan hidupnya. Jika cara diatas tidak mendatangkan kesan, gunakanlah
pihak ketiga, seperi ayah ataupun nenek agar dapat menasihati ibu anda
tersebut. Mungkin juga meminta bantuan dengan orang yang paling dekat
dengannya seperti sahabat ataupun bekas-bekas gurunya dan sebagainya.
Disamping itu sebagai anak yang prihatin terhadap akhlak dan agama ibu
sendiri, berdoalah dan bermunajat kepada Allah agar hati ibu anda memperoleh
hidayah untuk memakai pakaian mengikut syariat Islam. Wallahu A'lam. ^ Kembali ke atas ^
600. Menyediakan Makanan Ketika
Berhadas Nor
Jarizam, Kuantan
Jawapan: Dianjurkan bagi pasangan suami isteri yang telah berjunub menyegerakan mandi wajib. Jika keadaan terlalu dingin atau mengganggu kesihatan tubuh maka setelah berjunub disunatkan mengambil wuduk dan kemudian tidur hingga masuknya waktu subuh. Jika dalam keadaan berhadas setelah berjimak dengan suami dan tidak meninggalkan solat tertentu maka tidak berdosa menyediakan makanan ketika dalam keadaan tersebut. Jika sengaja melambat-lambatkan solat (solat Subuh) kerana ingin menyediakan makanan, maka hukumnya berdosa, namun hukum menyediakan makanan ketika berhadas tidaklah berdosa. Sila rujuk buku: 1. Rumah Idaman Syurga Impian "Isteri Teladan" DN 037 ^ Kembali ke atas ^
|