|
||||
|
|
Laman 36 |
|
| 351.
Ibubapa Menghalang Pilihan Hati Soalan: Ibubapa amat tidak mempersetujui pilihan gadis yang ingin saya kahwini dengan alasan gadis pilihan saya ini kurang baik dan mereka pasti jodoh saya dengan gadis ini tidak panjang. Jika saya meneruskan juga niat saya maka mereka akan menganggap saya anak derhaka, bukan anak mereka lagi dan ibu saya tidak akan reda apa yang saya lakukan dunia dan akhirat. Saya juga pernah berkata supaya kepada kedua ibubapa agar dapat saya mempertemukan gadis pilihan hati saya ini kepada mereka tetapi mereka enggan. Sudah 2 tahun saya bersabar tetapi keadaan masih tidak berubah. Pilihan terakhir yang mereka berikan kepada saya ialah tinggalkan gadis itu (tanpa alasan yang kukuh) atau saya anak derhaka? Din, Serdang
Jawapan: Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan apabila seorang lelaki yang sekufu dengan seseorang perempuan datang meminang perempuan itu, tetapi ditolak oleh keluarganya oleh sebab yang tidak konkrit pada pandangan syarak, akan berlakulah fitnah yang amat dahsyat selepas itu. Daripada hadis ini kita dapat simpulkan apabila seorang lelaki sudahpun kufu dengan seorang perempuan, maka pihak keluarga hendaklah mengambil langkah mengahwinkan mereka berdua segera. Jika mereka tidak berbuat demikian akan pasti berlaku kerosakan yang amat dahsyat dalam masyarakat. Amat tidak wajar kepada ibubapa menuduh anaknya sebagai anak derhaka apabila ia tidak mahu mengikut pilihan orang tuanya, jika pilihan anaknya sendiri itu sudahpun kufu dari pandangan Islam. Jodoh pertemuan sebenarnya di tangan tuhan. Tiada seorangpun yang berhak menentukan yang jodoh si fulan itu tidak panjang. Kerana tidak ada seorangpun yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah. Sepatutnya setiap ibubapa ,mengambil sikap optimis dengan pilihan anaknya dan membaiki mana yang kurang pada menantunya, apalagi di zaman sekarang ini zaman di mana kerosakan akhlak muda mudi Islam cukup ketara. Dalam kes ini saudara yang bertanya dikehendaki membuat aduan kepada Qadi, supaya qadi boleh menggunakan kira bicaranya untuk berbincang dengan keluarga bagi menyelesaikan kes ini. Jika benar-benar gadis yang bakal dikahwini itu
fasik dan kurang kufu dan ibubapa terlibat pula memang mempunyai pilihan
yang sesuai dan kufu dengan anaknya, adalah lebih baik kepada yang terlibat
menerima pilihan ibubapa ini dan menyerahkan seterusnya kepada Allah
SWT. Boleh jadi sesuatu yang kita benci itu akan menjadi kebaikan kepada
kita dan boleh jadi perkara yang kita suka mendatangkan kecelakaan kepada
kita. ^ Kembali ke atas ^ 352. Guna Ayat Menambat Hati
Zaity, Selangor
Jawapan: Menggunakan ayat Al-Quran dalam usaha menambatkan hati tunang supaya tidak lari dari seseorang tidaklah menjadi kesalahan, jika itu adalah sebahagian usaha dan ikhtiar yang dilakukan dan tidak bercanggah dengan Islam. Bagaimanapun seseorang itu hendaklah menggantung sepenuh harapannya kepada Allah. Jangan digantungkan harapan kepada ayat Al-Quran
tersebut. Ini kerana Al-Quran itu adalah penawar dan ubat yang paling
mujarab kepada manusia. Bagaimanapun ia diikat dengan sejauhmana ia
tidak digunakan untuk maksud yang tidak sihat. Jika maksudnya tidak
sihat, maka hukumnya adalah haram. ^ Kembali ke atas ^ 353. Niat Wudhuk dalam Bahasa Malaysia Hamba Allah, Sabah
Jawapan: Tidak menjadi kesalahan mengambil wuduk dengan membaca niat umpamanya dalam bahasa Malaysia tidak di dalam bahasa Arab. Bagaimanapun membaca doa-doa yang berkaitan dengannya adalah elok di dalam bahasa Arab dan hendaklah difahami maknanya supaya kesannya dapat meresap ke dalam diri individu terlibat. ^ Kembali ke atas ^ 354. Mandi Bunga Mempercepatkan
Jodoh Betulkah di dalam perubatan islam terdapat mandi bunga, apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini? Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibubapanya yang niat mereka hanya untuk kebaikan anak mereka? Nor, Melaka
Jawapan: Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diitikadkan yang ianya boleh mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah SWT sahaja. Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini tidak pernah berlaku di zaman baginda. Ia hanya datang dari tradisi perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan. Bagi kes anda, seseorang itu dipaksa mandi air bunga
kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian
sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat hendaklah
berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak berbuat demikian
lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut. Seeloknya
perempuan terlibat membaca setiap hari surah Yusuf dan menunaikan solat
hajat, mudah-mudahan Allah SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang
sesuai dengannya, Insya Allah. ^ Kembali ke atas ^ 355. Cara Mendapatkan Suami Beriman Adik, PJ
Jawapan: Untuk mendapatkan pasangan suami yang beriman boleh dilakukan dengan beberapa pendekatan. Antaranya menunaikan solat hajat dan memohon suami yang salih dari Allah SWT. Membanyakkan bacaan doa; "Ya Allah Ya Tuhanku kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan suami-suami serta anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan kepada orang-orang yang bertakwa." Selain itu boleh juga dilakukan dengan meminta bantuan orang tengah yang dipercayai untuk mencari jodoh yang solih khasnya mereka yang mengetahui lebih dekat tentang latar belakang seseorang lelaki. Dalam Islam harus kepada seseorang perempuan melamar seseorang lelaki yang dilihatnya seagai seorang yang solih. Melamar di sini bermaksud menyatakan hasrat hati kepada lelaki berkenaan dan memintanya supaya meminang gadis terlibat. Saudari disarankan memperbanyakkan membaca surah Yusuf. Sila rujuk buku-buku berikut: 1. Bunga Idaman Mutiara Syurga 'Wanita Solehah' DN 148 2. Pemantapan Sistem Kekeluargaan DN 225 3. Hajat Untuk Rawatan, Pelindung dan Doa DN 001 & DN 002 4. Petua Kebahagiaan Rumahtangga DN 076 ^ Kembali ke atas ^ 356. Misteri di Segitiga Bermuda Mat, Hulu Langat
Jawapan: Boleh dikatakan tidak ada di kalangan ulamak yang membahaskan tentang tragedi yang berlaku di kawasan Segitiga Bermuda dan tidak ada seorangpun yang mengetahi tentang makhluk yang menghuni di situ. Walau bagaimanapun ada juga di kalangan penulis Islam dari Mesir di masa kini yang berpendapat Segitiga Bermuda adalah kawasan penempatan jin dan di situlah juga kawasan penempatan Dajjal yang akan keluar di akhir zaman yang pernah dilihat oleh seorang sahabat nabi bernama Tamimul Dari. Ini adalah andaian dari beliau sahaja tanpa bukti-bukti yang konkrit. Yang wajib kita percayai ialah adanya makhluk yang bernama jin dan kawasan penempatannya ialah di pulau-pulau di tengah lautan yang kemungkinannya termasuklah kawasan Segitiga Bermuda. Kita juga wajib mempercayai yang Dajjal akan keluar di akhir zaman dan mengganas di dunia ini. Bagaimanapun di mana kawasan Dajjal itu tinggal secara tepat sekarang tidak diketahui. ^ Kembali ke atas ^ 357. Hukum Mematuhi Ibu Angkat Apakah patut si isteri lakukan jika suaminya tidak mahu lagi pergi ke rumah ibu mentua angkat tadi kerana tidak selesa dan bosan dengan sikap angkuh si ibu tadi? Patutkah yang muda ini merendah diri dan mengalah? Apakah yang harus isteri lakukan jika suami berkeras tidak mahu pulang ke rumah ibu mertua untuk bersalam di Hari Raya? Haruskah maruah diri dipertahankan dalam konteks ini? FAB, KL
Jawapan: Dalam Islam mentaati ibu adalah wajib selagi mana perkara yang ditaati itu tidak melibatkan perkara maksiat. Maka dalam konteks ini juga termasuk ibu angkat kepada seseorang yang memeliharanya dari kecil dan berpenat lelah membesarkannya. Anak angkatnya wajar berbuat baik kepada ibu angkatnya itu. Jika ibu angkat seseorang itu fasik. Umpamanya tidak menyempurnakan pendidikan anaknya dengan sempurna, sombong, takabbur, ego dan lain-lain, masih tidak menjadi kesalahan kepada anak angkatnya berbuat baik kepadanya, kerana pahala berbuat baik kepada orang yang memutuskan tali silaturrahim itu adalah besar dalam Islam. Jika seseorang suami enggan pergi ke rumah ibu angkat isterinya kerana memikirkan tentang perbuatan fasik yang dilakukan oleh ibu angkatnya itu, tidaklah menjadi kesalahan, namun sifat keegoan yang ada pada diri ibu angkat terlibat tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Tindakan yang sewajarnya hendaklah diambil supaya si ibu terlibat meninggalkan sifat egonya, termasuklah kalau boleh membuat aduan kepada Qadi atau mana-mana orang alim. Maruah diri seseorang hendaklah dipertahankan selagi tidak melibatkan kerja-kerja fasik. Tetapi kalau sekadar ingin berbakti dan berbuat baik kepada ibu seperti dalam kes di atas tidak menjadi masalah. Berkat hanya ada pada seseorang mukmin yang solih sahaja. ^ Kembali ke atas ^ 358. Salam dari Bukan Islam Zamri, K Kinabalu
Jawapan: Tidak wajar kepada seseorang yang bukan Islam mengucapkan salam apabila bertemu dengan seseorang yang beragama Islam, kerana ucapan salam adalah ucapan dan syiar hidup orang-orang Islam, yang mana-mana sesiapa menyampaikannya kepada saudara seIslam dengannya ia beroleh pahala. Ia juga merupakan doa seseorang Islam kepada saudara
seIslam dengannya. Walau bagaimanapun jika seseorang yang bukan Islam
memberi salam kepada seseorang Islam, maka orang yang beragama Islam
itu ^ Kembali ke atas ^ 359. Pedoman Menjadi Penyabar Zawawi, Melaka
Jawapan: Dalam kitab Syarah Al-Arbain An-Nawawiyah dikemukakan sebuah hadis yang melarang seseorang itu marah dengan tidak bertempat. Rasulullah SAW mengulanginya sebanyak 3 kali. Ini menunjukkan marah tidak bertempat itu adalah sesuatu yang dibenci oleh baginda Rasulullah SAW. Untuk mengelakkan rasa marah dari menguasai diri seseorang adalah dinasihatkan supaya ia memperbanyakkan istighfar dan mengucapkan "La Hawla Wa la Quwwata Illa Billah Hil Aliyyi Al-Azim", apabila timbul rasa ingin marah. Ia juga hendaklah membaca "Auzubillah mina Syaitanir
Rajim". Ini kerana marah itu sebenarnya datang dari syaitan. Selain
itu ia hendaklah juga memperbanyakkan doa berikut: "Allahummaj'alli
Sabura Waj'alli Syakura Waj'alli Fi Aini Saghira Wa Fi A'yuninnasi Kabira".
Jangan lupa membaca buku sejarah hidup para sahabat kerana kesannya
yang begitu besar dalam melembutkan hati. ^ Kembali ke atas ^ 360. Hukum Allah sebagai Perundangan Muhammad, P. Pinang
Jawapan: Seorang pemimpin negara Islam dikehendaki menjalankan pentadbirannya sesuai dengan ajaran Islam yang maha suci. Di antara perkara yang perlu dilaksanakan ialah penguatkuasaan hukum-hukum Allah yang merangkumi hukum hudud, qisas, dan takzir. Jika tidak boleh secara sekaligus hendaklah secara beransu-ansur. Satu tempoh masa perlu diperuntukkan bagi menjelaskan kepada rakyat jelata yang masih kurang faham tentang pelaksanaan hukum ini dan keistimewaannya. Setelah itu barulah dikuatkuasakan pelaksanaannya. Pelaksanaan hukum ini adalah wajib menurut kacamata Islam. Jika seseorang pemimpin itu tidak melakukan sebarang usaha yang membolehkan hukum-hukum Allah itu ditegak dan dilaksanakan dalam pentadbirannya sedangkan ia mempunyai kemampuan berbuat demikian, maka di kalangan ulamak sehinggalah ke zaman ini berselisih pendapat tentang kedudukan pemimpin seperti ini. Sesetengahnya berpendapat pemimpin seperti ini menjadi kafir terus dan terkeluar dari Islam. Sesetengah yang lain pula berpendapat pemimpin seperti ini tidak menjadi kafir, tetapi berdosa besar kerana melengah-lengahkan pelaksanaan hukum Allah SWT, apalagi jika ia sendiri mengakui bahawa hukum Allah itu perlu dilaksanakan cuma masanya sahaja yang tidak sesuai sekarang. Menurut Al-Qardawi rakyat juga turut bersalah kerana
memilih pemimpin yang masih tidak melaksanakan hukum Allah. ^ Kembali ke atas ^ |