|
||||
|
|
Laman 1 |
|
| 1.
MENGQADA'KAN SOLAT Soalan: Adakah perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah dengan bertaubat sahaja? Abdullah, K. L.
Jawapan: . Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur. Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan. ^ Kembali ke atas ^
2. Erti Saidina
Nur Hidayah, P. Langkawi
Jawapan: 'Sayid' dalam bahasa Arab bermakna penghulu. 'Saidina' bererti penghulu kami. Penghulu adalah orang yang kita muliakan dalam satu kelompok masyarakat dan orang yang dijadikan ikutan dan pimpinan dalam segala urusan. Apabila kita mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW 'penghulu kita' maka itu bererti bahawa baginda adalah orang yang kita muliakan, yang kita hormati, yang kita junjung tinggi dan kita jadikan pimpinan dan ikutan lahir batin, dunia dan akhirat. Jangan kita ucapkan 'Saidina Muhammad' maka itu bererti bahawa kita memuliakan baginda sebaik-baiknya dan mengangkat darjah baginda setinggi-tingginya, sesuai dengan kedudukan baginda yang sebenarnya. ^ Kembali ke atas ^
3. Lari
Dari Rumah
Isteri Malang, Kuala Lumpur
Jawapan: Tidak salah isteri meninggalkan rumah (jika ke rumah ibu bapa) kerana hendak menyelamatkan diri daripada suami yang zalim dan mengelakkan diri dari kemudaratan. Namun kalau isteri boleh bersabar, tidak melawan dan terus tunggu di rumah pastilah pahala untuknya amatlah besar. Kalau suami zalim dan selalu memukul serta menyakiti hati, maka isteri berhak mencari perlindungan di mana-mana yang difikirkan selamat. Sebaiknya adukan kepada pejabat Kadi dan di sana diboleh menuntut fasakh. Undang-undang Islam membela kaum wanita/isteri. Jadi, mereka hendaklah pandai mengambil kesempatan dari pembelaan itu. ^ Kembali ke atas ^
4. Berdoa Untuk Memperolehi Suami
Yang Soleh
Rosmah, Seremban
Jawapan: Hukumnya harus, memohon agar Allah SWT memberikan jodoh orang yang baik (soleh). Di samping berdoa, mintalah bantuan ibu bapa agar dapat mencari pasangan yang soleh. Tindakan ini adalah lebih baik dari mencari sendiri demi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan maksiat. ^ Kembali ke atas ^
5. Menjadi Insan Yang Mulia Alang, KIMIA, P.J.
Jawapan: Keredhaan Allah merupakan nikmat yang paling agung, yang hanya dimiliki oleh insan yang bertaqwa kepada-Nya. Ketaqwaan itu hanya dimiliki oleh insan yang beribadah dan beramal soleh. Sedangkan amal soleh yang memperoleh keberkatan adalah amal soleh yang disertakan dengan ilmu. Jadi ilmu adalah sumber segala kekuatan untuk memperoleh keredhaan Allah. Saidina Ali bin Abi Thalib pernah berkata "Ada dua
orang yang mendatangkan bala bencana kepada kita iaitu orang yang berilmu
yang tidak menjaga kehormatan dan orang yang bodoh yang kuat beribadah.
Dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan
segala larangan-Nya sesuai dengan tuntutan Islam maka kita akan memiliki
hati yang mulia. ^ Kembali ke atas ^
6. Hukum Memakai Minyak Wangi Alkohol Suhaimi Mohd Yatim
Jawapan: Kita mengetahui bahawa alkohol yang dicampur ke dalam bau-bauan (minyak wangi) ialah diambil daripada proses tindakan kimia bijian dan kayuan. Daripada bijian tersebut disebut "alkohol Ethyl" dan daripada kayu disebut "Methyl". Semua alkohol termasuk dalam kumpulan karbon (C-OH). Alkohol Ethyl dibuat daripada bijian dan cecairnya yang telah diperam dan dijadikan bir dan wine atau disebut arak. Selain daripada itu Ethyl digunakan juga sebagai bahan campuran dalam minyak yang digunakan untuk lampu-lampu makmal dan jentera-jentera traktor dan sebagainya. Ini dilakukan untuk mengurangkan pencemaran udara. Alkohol Ethyl juga digunakan sebagai alat pemandu ubat (preservative/ubat tahan) ubat antiseptik untuk melawan kuman, ubat gosok atau minyak angin untuk urat saraf atau terseliuh. Alkohol jenis ini juga digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi, maka jika digunakan untuk dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menyerbak keharumannya. Seperti yang kita fahami bahawa alkohol jenis Ethyl ialah najis dan sekiranya kita menggunakan bahan-bahan yang dicampur dengannya seperti minyak wangi, maka jika dibawa dalam solat tidak sahlah solat kita. Namun begitu menurut Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman telah mengeluarkan Fatwa bahawa minyak wangi tersebut hukumnya harus dipakai walaupun dalam sembahyang. Wallahu a'lam. ^ Kembali ke atas ^ 7. Doa Ketenteraman Hati Soalan: Apakah doa yang boleh dibaca bagi orang yang tidak tenteram hatinya? Zie...
Jawapan: Antara amalan dan doa yang paling baik untuk mententeramkan hati adalah " Selawat ke atas Nabi SAW." Selain dari itu anda juga boleh mengamalkan doa yang kami selitkan dalam ruangan Himpunan Doa-doa Pilihan. Doa tersebut lengkap, dan amat mustajab (berkesan). ^ Kembali ke atas ^ 8. Jama' dan Qasar Hari Jumaat Soalan: Bolehkah saya jama' dan qasar sembahyang zohor dan asar ( hari Jumaat ) dalam perjalanan yang cukup syarat (spt melebihi dua marhalah dan bagi tujuan yg baik ) sekiranya saya memulakan perjalanan saya itu selepas terbitnya fajar pada hari Jumaat atau wajib bagi saya menunaikan solat Jumaat dahulu dan selepas itu terus jamak untuk solat asar ? Hamba Allah
Jawapan: Musafir, sekalipun waktu solat Jumaat didirikan itu ia sedang berhenti maka ia tidak dituntut mengerjakan solat tersebut. Sebahagian besar ahli berpendapat bahawa bagi musafir tak ada kewajipan Jumaat, sebab Nabi SAW ketika dalam perjalanan tidaklah mengerjakan solat Jumaat Begitu juga halnya ketika baginda mengerjakan haji Wada' di Arafah yang jatuh pada hari Jumaat baginda hanya solat Zohor dan Asar secara jamak taqdim dan tidak melakukan solat Jumaat. Dan demikianlah pula yang dilakukan khalifah setelah wafatnya Rasulullah SAW. ^ Kembali ke atas ^ 9. Hukum Berzina Soalan: Orang yang melakukan zina hukumnya dalam Islam ialah sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan bagi yang sudah berkahwin hukum rejam sampai mati. Masalahnya di negara ini tidak menjalankan hukum tersebut, jadi macam mana caranya untuk bertaubat kepada Allah? Hamba Allah...
Jawapan: Sebenarnya setiap umat Islam berkewajipan untuk menjalankan hukum-hukum Islam, namun jika pihak yang berkewajipan seperti para ulama dan pemimpin tidak dapat menjalankannya itu kerana kelemahan kita sendiri. Moga-moga kita dimaafkan Allah. Jika kita telah terlanjur melakukan perbuatan dosa (zina) maka segeralah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu taubat yang sebenarnya. Dalam Islam juga dianjurkan untuk merahsiakan dosa yang telah kita kerjakan dan jangan segera mengumumkan apa yang telah dilakukannya. Dalam buku Al Muwatta karangan Imam Malik mencatat suatu riwayat yang diambilnya dari Zaid bin Aslam bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Wahai manusia telah tiba masanya kamu menghindarkan diri dari hukuman-hukuman kerana melanggar ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Barangsiapa terjerumus dalam kejahatan ini maka hendaklah ia membentengi dirinya dengan benteng Allah. Sebab barangsiapa yang menyatakannya kepada kami, nescaya kami laksanakan atas ketentuan-ketentuan Allah". Jika kita telah betul-betul insaf, maka jalankanlah
segala yang diperintahkan oleh Islam dan tinggalkan segala larangan.
Kemudian bersegeralah bertaubat dengan menjalankan segala syarat-syaratnya:
1. Taubat itu hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. Sila rujuk buku: ^ Kembali ke atas ^ 10. Mendidik Diri Agar Menjadi Anak Soleh dan Solehah Soalan: Bagaimana caranya mendidik hati dan diri agar menjadi anak yang solehah serta doa-doa yang perlu diamalkan? NNMS,
Kuala Lumpur
Jawapan: Untuk mendidik diri agar menjadi insan yang solehah adalah dengan banyak melakukan amalan yang terpuji, berusaha untuk meninggalkan dosa-dosa yang kecil apakah lagi dosa-dosa besar. Jangan tinggalkan amalan yang wajib, jalinkan siraturrahim dengan sanak keluarga dan hormati kedua ibu bapa, sebab keredhaan Allah itu tergantung kepada kerdhaan ibu bapa terhadap kita. Namun yang paling penting tutuplah aurat agar kehidupan mendapat keberkahan Allah SWT. Banyakkan membaca Al Quran dan berzikir insya Allah,
hati akan menjadi tenang. Mengenai doa-doa untuk mendidik hati dan diri,
diantaranya adalah seperti berikut:- Sila rujuk buku-buku berikut: ^ Kembali ke atas ^
|