|
Kekeliruan
antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock
Melihat pada gambar di atas,
tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah
Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan
dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan
agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah
Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.
Masjidil Aqsa merupakan
kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah
dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan
jajahan golongan 'Bintang Enam'. Dalam keadaan yang demikian, pihak mereka
telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam
dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil
Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan
Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri
sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa
yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk
melaksanakan perancangan tersebut.
Lihat pula gambar di bawah,
berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang
lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock
jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga
yang mengenal Manikam
Agenda
mereka menghapuskan Masjidil Aqsa
Berikut disertakan juga terjemahan
daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan
kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah
dengan perancangan golongan 'Bintang Enam' tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan
mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:
Terdapat beberapa kekeliruan
di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila
sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan
mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang
dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan
orang ramai dimana ianya adalah perancangan mereka. Tinjauan
ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah
dimaklumkan bahawa mereka di Amerika telah mencetak dan
mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang
arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah
bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim
dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah
mahupun pejabat.
Ini meyakinkan saya
bahawa mereka ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa
dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya
dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya
terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka mereka
akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih
utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat
apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa
amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat
arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka
sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut.
Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana
hingga kini mereka telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai
Lain-lain gambar berkaitan:
|