Profil
Laman Utama

Laman UtamaPANAS!!!Senarai Buku Terbitan DNAWAS!!!Borang PesananProfil





P _ R _ O _ F _ I _ L

 

arul Nu'man ditubuhkan pada tahun 1991, hasil dari cetusan rasa yang murni untuk menyumbang khidmat dan penyalur inspirasi ummah melalui penerbitan buku-buku agama. Sebagai sebuah syarikat yang bergerak dalam bidang penerbitan, Darul Nu'man berusaha untuk menyajikan bahan bacaan yang bermutu sesuai dengan tuntutan dan kehendak Islam. Kepelbagaian keinginan dan kehendak masyarakat serta tingkat pemikiran yang berbeza menjadikan Darul Nu'man lebih matang dalam memahami citarasa para pembaca.

arul Nu'man bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan mesej keislaman melalui buku-buku yang disusun secara menarik dan mudah difahami serta mempunyai kualiti yang tinggi. Dalam menghadapi abad yang penuh cabaran ini, Darul Nu'man lebih peka dalam memotivasi masyarakat Islam agar lebih berminat untuk memiliki dan membaca buku-buku agama. Sesuai dengan motto Darul Nu'man sebagai "Penyalur Inspirasi Ummah", maka Darul Nu'man lebih mementingkan keinginan umat Islam sejagat.

arul Nu'man diasaskan oleh Hj. Mohd. Anaam bin Hj. Mohd. Abd. Ghani pada tahun 1991 dibawah naungan Hj. Erfan Ghani bin Hj. Mohd. Abd. Ghani yang berpejabat di 15A, Tingkat Satu, Wisma Yakin, Jalan Masjid India, 50100 Kuala Lumpur, W. P. Malaysia. Berbekalkan semangat padu dan keyakinan memajukan syarikat, maka beliau menguatkan lagi jentera pengurusan dan penulis berkebolehan serta berpengalaman dalam usaha memasuki  pasaran yang lebih luas.

arul Nu'man kini telah mula dikenali ramai sebagai penerbit yang berupaya memberikan persembahan terbaik untuk semua pelanggannya. Alhamdulillah dalam usia yang masih muda, Darul Nu'man telah berjaya mencipta nama dalam bidang penerbitan terutama di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

arul Nu'man dengan ini ingin memotivasi umat Islam tempatan dan luar negara untuk menggunakan hasil karya kami yang menjanjikan kualiti yang lebih sempurna, penuh dengan mesej, serta banyak mengandungi pedoman untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tujuan Penubuhan Darul Nu'man

  • Menyampaikan pengetahuan agama dengan cara yang lebih berkesan dalam menjana generasi karimah yang memiliki ilmu yang seimbang dan akhlak yang mulia.

  • Membekalkan pengetahuan Islam yang murni berdasarkan Al Quran dan Sunnah dalam memantapkan aqidah ummah.

  • Menaikkan mutu buku agama Islam dalam seluruh tingkat masyarakat, sehingga buku agama tidak lagi sebagai bahan bacaan yang terpinggir.

  • Menyampaikan dakwah Islamiah secara lebih jelas dan berkesan serta menyediakan bahan rujukan yang lebih banyak lagi, bagi jangka masa yang berterusan.

  • Melahirkan penulis tanah air yang berwawasan dan berkaliber yang dapat menuangkan idea secara lebih murni.

Wawasan Darul Nu'man

    Darul Nu'man sebagai sebuah penerbit buku-buku agama Islam berusaha mengembangkan imej Islm ke mercu inovatif dalam minda umat, sehingga bahan bacaan merupakan sebahagian dari kehidupan yang sukar untuk dipisahkan.

    Untuk mewujudkan budaya membaca dan cintakan ilmu pengetahuan keagamaan yang bermutu, maka pihak penerbit berusaha mempersembahkan bahan yang terbaik sebagai tatapan dan santapan rohani para pembaca yang budiman.

    Bagi merealisasikan cita-cita murni, maka Darul Nu'man secara selektif menyusun aspek-aspek tertentu yang berkaitan dengan keperluan, pembinaan, persembahan, keselesaan dan minat para pembaca untuk memiliki buku yang kami sajikan. Dengan menyelami keinginan pengguna, secara fitrahnya telah memenuhi hasrat dan kehendak insaniah yang dapat membahagiakan kita di dunia dan akhirat.

    Darul Nu'man menampilkan aspek kualiti dengan mengetengahkan para penulis yang berpengalaman dan berpengaruh di tengah-tengah masyarakat dan memiliki pengetahuan yang luas. Disamping itu juga penulis yang memiliki kemahiran bahasa Arab yang baik berusaha menterjemahkan buku-buku Arab ke bahasa Melayu, sehingga memudahkan seluruh masyarakat Malaysia untuk menikmati bahan bacaan yang bermutu.

    Namun begitu "tidak ada gading yang tak retak", sebagai suatu bukti bahawa janji Allah itu benar bahawa setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelemahannya. Justeru dalam menempuh arus perjuangan masa depan yang serba mencabar, maka pihak Darul Nu'man mengharapkan teguran yang membina dari segala pihak jika menemukan sesuatu kekurangan dalam usaha murni kami memperjuangkan misi dakwah ini, insya Allah.

Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu,
Gersang Hati Tanpa Iman, Gersang Jiwa Tanpa Amal.


 
All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991

^ Kembali ke atas ^