Panglima Romawi yang Bertaubat
....
alam
kegemparan terjadinya peperangan Yarmuk, salah seorang panglima
Romawi yang bermana George memanggil Khalid bin Walid. Kedua orang
paglima itu saling mendekat sampai kedua kepala kuda mereka saling
bertemu.
Kepada Khalid, George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta
kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikitpun,
kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta, dan jangan
pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu
tidak akan berdusta di sisi Allah.”
“Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan,” kata Khalid.
“Apakah Allah menurunkan kepada Nabi-Nya Muhammad SAW sebuah
pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu sehingga jika
kamu pakai pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”
“Tidak!” Jawab Khalid.
“Apakah sebabnya kamu digelar dengan Saifullah (Pedang Allah)?”
Tanya George.
Khalid menjawab: “Ketika Allah SWT mengutus Nabi Muhammad SAW,
seluruh kaumnya sangat memusuhinya termasuk juga aku, aku adalah
orang yang paling membencinya. Setelah Allah SWT memberikan
hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk
Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku
“Saifullah” (pedang Allah).”
“Jadi tujuan kamu berperang ini untuk apa?” Tanya George.
“Kami ingin mengajak kamu supaya bersaksi bahawa tidak ada
Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah dan
kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala
apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW itu adalah benar.”
Jawab Khalid.
George bertanya: “Apakah hukumannya bila orang itu tidak mahu
menerimanya?”
Jawab Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka
kami tidak akan memeranginya.”
“Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?” Tanya George.
“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid bin Walid.
George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk
Islam pada hari ini?”
Khalid menjawab: “Di hadapan Allah SWT, kita akan sama semuanya,
baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dahulu mahupun
yang kemudian masuk Islam.”
“Apakah orang dahulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan
orang yang baru masuk?” Tanya George.
Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi
kedudukannya dari orang yang terdahulu, sebab kami yang terlebih
dahulu masuk Islam, menerima Islam itu ketika Rasulullah SAW
masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada
baginda.
Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian tidak menyaksikan
apa yang telah kami saksikan. Oleh kerana itu siapa saja yang
masuk Islam yang datang terakhir maka dia akan lebih mulia kedudukannya,
sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti-bukti yang lebih
meyakinkannya terlebih dahulu.”
George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”
“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab
Khalid.
George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang
kamu katakan itu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi
memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama
Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku tentang Islam.”
Lalu Khalid bin Walid membawa George ke
dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk
menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.
Ketika Khalid bersama dengan George masuk
ke dalam khemah, maka tentera Romawi mengadakan serangan besar-besaran
terhadap pertahanan umat Islam.
Setelah selesai mengerjakan solat, maka
Khalid bin Walid bersama dengan George dan kaum Muslimin lainnya
meneruskan peperangan sampai matahari terbenam dan di saat itu
kaum Muslimin mengerjakan solat Zohor dan Asar dengan isyarat
sahaja.
Dalam pertempuran itu, George yang telah bergabung
dengan barisan kaum Muslimin itu terbunuh, dan dia hanya baru
mengerjakan solat dua rakaat bersama dengan Khalid bin Walid.
Walaupun demikian, ia telah menyatakan keIslamannya dan berjanji
untuk tidak akan kembali lagi kepada agama lamanya. Semoga Allah
menempatkan George ke dalam golongan orang-orang yang mati syahid.
Amin.
^ Kembali ke atas
^
Kesabaran Imam Al-Baqir
dan Taubat Orang Nasrani
Seorang Nasrani bermaksud mengejek-ejek Imam
Muhammad bin Ali bin Husain yang digelar orang dengan panggilan
“Al-Baqir” (yang luas pentahuannya). Orang Nasrani itu berkata
kepadanya: “Engkau adalah baqar (lembu).” Maka Imam Baqir menjawab
dengan penuh kelembutan: “Bukan, tetapi saya adalah Al-Baqir.”
Orang Nasrani tersebut tidak menghiraukan
jawapan itu. Selanjutnya ia berkata: “Engkau adalah anak seorang
tukang masak. Engkau adalah anak seorang wanita hitam yang mulutnya
berbau busuk.”
Al-Baqir menjawab: “Seandainya engkau benar, maka aku doakan
semoga wanita itu diampuni oleh Allah, dan jika engkau bohong,
maka aku doakan semoga Allah mengampunimu.”
Ternyata sikap lemah-lembut dan pemaaf yang
dimiliki oleh Imam Muhammad bin Ali bin Husain itu telah menimbulkan
rasa kagum pada diri orang Nasrani tersebut, sehingga akhirnya
diapun bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perangai buruknya
itu dan menyatakan dirinya masuk ke dalam agama Islam.
^ Kembali ke atas
^
Taubat Seorang Wanita
Buta
Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah
melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud
Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan
solat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia
mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:
“Wahai Tuhan Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam
hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang
Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setiap
getaran batin tidak ada Raja bagiku selain Engkau yang kuharap
dapat mengelak bencana yang dahsyat.”
Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan
tersebut dan bertanya: “Wahai puan! Apa yang menyebabkan hilangnya
penglihatanmu?”
“Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya
maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku
kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat
nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia
tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar
di nereka nanti.” Kata perempuan tua itu.
Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu
mendengar hujjah wanita yang menggerunkan itu.
“Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari
ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.”
Pinta perempuan itu.
Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang
semestinya.”
(Al-An’am: 91)
“Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?”
Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang
boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh
ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.
Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi
berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju
yang sangat bagus.
Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”
Perempuan itu menjawab: “Sebaik saja rohku dicabut, aku didudukkan
di hadapan-Nya dan berkata: “Selamat datang wahai orang yang mati
akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku.”
^ Kembali ke atas
^
Taubat Lelaki yang Sibuk
Diceritakan bahawa ada seseorang menceritakan
kepada Hasan Al-Basri: “Wahai Abu Said! Di sini ada seorang lelaki
yang tidak mahu berkumpul dengan orang ramai. Dia sentiasa duduk
sendirian saja.”
Hasan pergi kepada orang yang dimaksudkan
itu dan berkata: “Wahai hamba Allah! Aku melihat engkau suka
duduk menyendiri saja. Mengapa engkau tidak suka bergaul dengan
orang ramai?”
“Ada suatu perkara yang telah menyibukkan aku dari berkumpul
dengan manusia.”
Sekurang-kurangnya engkau pergi kepada lelaki yang dipanggil
sebagai Hasan Al-Basri dan duduk di majlis ilmunya.” kata Hasan
lagi.
“Ada satu perkara yang mencegah aku dari berkumpul dengan manusia
termasuk Hasan Al-Basri.” Kata lelaki itu.
“Semoga Allah merahmatimu. Apakah gerangan yang sentiasa menyibukkan
engkau?”
“Aku setiap hari tersepit di antara nikmat dan dosa. Maka setiap
hari diriku sibuk mensyukuri nikmat-nikmat Allah dan sibuk bertaubat
atas dosa-dosa tersebut.” Jawab lelaki itu.
“Wahai hamba Allah! Kalau begitu engkau lebih alim dari Hasan
Al-Basri. Maka kekalkanlah amalan yang telah engkau lakukan.”
Kata Hasan Al-Basri.
^ Kembali ke atas
^
Taubat Para Wali
Zun Nun Al-Misri mendengar bahawa ada seorang
yang sangat alim dan zuhud, maka pergilah dia ke sana untuk belajar.
Sesampainya di sana dia menjumpai seorang lelaki menggantungkan
dirinya pada sebatang pokok dengan kepala ke bawah. Orang itu
berkata: “Wahai diri! Tolonglah aku dalam mentaati Allah. Kalau
tidak nescaya aku akan hukum engkau dalam keadaan seperti ini
sampai engkau mati kelaparan.”
Zun Nun mendekati orang itu lalu memberi salam dan dia menjawab.
“Apa yang telah terjadi dengan engkau ini?” Tanya Zun Nun.
“Tubuhku ini telah menghalangi aku untuk berseronok dengan
Allah, kerana ingin bersuka-suka dengan manusia.” Jawab orang
itu.
Dengan jawapan itu, Zun Nun menyangka bahawa orang itu telah
menumpahkan darah sesama Muslim atau telah berbuat dosa besar
lainnya.
“Apa yang telah engkau lakukan?” Tanya Zun Nun.
“Tahukah engkau bahawa jika seseorang itu bercampur baur dengan
orang lain, banyak perkara yang boleh berlaku?”
“Kalau begitu, engkau ini betul-betul orang warak dan alim,”
kata Zun Nun.
“Mahukah aku tunjukkan kamu orang yang lebih alim dariku?”
kata orang itu.
“Boleh juga,” kata Zun Nun.
“Nah, sekarang pergilah engkau agak ke atas bukit ini. Insya
Allah, engkau akan berjumpa dengan wali Allah yang saya maksudkan
itu,” kata lelaki itu.
Maka segeralah Zun Nun mendaki agak sedikit
ke atas lagi sehingga akhirnya ia berjumpa dengan satu tempat
pertapaan yang di dalamnya ada seorang pemuda sedang duduk bersila,
sementara di hadapan pintu pertapaan itu ada sebelah kaki yang
terpotong membusuk dan dimakan ulat. Zun Nun sangat ngeri dan
tidak faham apa yang dilihatnya itu. Maka diapun bertanya kepada
pemuda tersebut apa ertinya semuanya itu.
Pemuda itu menerangkan bahawa pada suatu
hari dia sedang duduk di dalam beribadahnya, tiba-tiba ada seorang
perempuan yang melintas di luar. Apabila dia terpandang kepadanya,
timbul keinginannya kepada wanita cantik itu dan cuba untuk
mengejarnya dari belakang.
Akan tetapi, baru saja dia melangkahkan
sebelah kakinya ke luar dari tempatnya, tiba-tiba dia mendengar
suara: “Wahai manusia, apakah engkau tidak merasa malu? Setelah
tiga puluh tahun engkau menghadapkan hati kepada Tuhan, tiba-tiba
sekarang engkau telah mahu ditipu oleh syaitan dan akan mengejar
perempuan jahat itu.”
Disebabkan kerana kesalahannya itulah, pemuda
itu telah memotong sebelah kakinya yang telah terlanjur keluar
dari tempat ibadahnya.
“Jadi aku ini sebenarnya orang berdosa,” kata lelaki itu. “Maka
dari itu engkau tidak patut menemuiku yang sedang dalam penantian
keputusan ini. Jika engkau ingin menjumpai seorang yang betul-betul
wali, pergilah engkau ke puncak bukit ini.”
Sayang puncak bukit tersebut terlalu tinggi dan sukar untuk
didaki sehingga Zun Nun tidak sanggup mencapainya. Sebaliknya
dia hanya mendengarkan saja cerita si pertapa dari orang-orang
yang mengetahuinya.
Katanya ada seorang lelaki yang telah bertahun-tahun
mengabdikan dirinya kepada Allah. Dia telah bersumpah untuk
tidak makan selain dari usahanya sendiri dan tidak akan makan
makanan yang telah diproses. Dengan izin Allah, sekumpulan lebah
telah membuat sarang di dekat tempat ibadahnya, dengan madu
lebah itulah wali tersebut mengalas perutnya.
^ Kembali ke atas
^