| Ketua Perompak Yang Bertawaf
| Gara-gara Seekor Ular |
Ketua Perompak Yang Bertawaf
...
iriwayatkan
oleh Asy-Syibli: Dahulu saat kami bergabung dengan rombongan orang-orang
Syam, tiada terfikir olehku bahawa kami akan diserang oleh sekumpulan
orang-orang Badwi, dan membawa kami menghadap kepada ketua mereka.
Pemimpin mereka itu lalu mengeluarkan sebuah
geriba yang mengandungi gula tebu dan buah badam. Disantaplah
jamuan itu oleh orang-orang Badwi yang merupakan anak buah dan
pengikutnya, namun demikian pemimpin mereka justeru tidak ikut
makan bersama mereka walaupun sedikit.
Melihat keanehan itu, aku pun bertanya, “Mengapa tuan tidak
ikut makan beserta mereka?”
“Aku sedang berpuasa,” jawabnya.
“Bagaimana mungkin, bukankah tuan telah melakukan pelbagai
perbuatan jenayah seperti merompak, merampas harta-benda orang
dan melakukan pembunuhan, tetapi mengapa masih tetap berpuasa
seperti sekarang ini?” tanyaku kepadanya dengan penuh hairan.
“Wahai syeikh, jadikanlah suatu tempat bagi perdamaian,” serunya
kepadaku.
Selang beberapa waktu lamanya, kulihat dia
sedang melakukan tawaf di sekeliling Kaabah dengan mengenakan
pakaian ihram yang kasar bagaikan sebuah kulit keras lagi buruk.
Melihat itu, aku lalu bertanya, “Engkaukah lelaki pemimpin kaum
Badwi itu?”
“Benar, puasa itulah yang telah menghantarkanku sampai pada tingkatan
seperti ini,” jawabnya.
^ Kembali ke atas
^
Gara-gara Seekor Ular
Disebutkan oleh Al-Qadhi Abu Ali At-Tanukhi,
dia mengatakan: Dahulu kala hiduplah seorang lelaki yang terkenal
zuhud dan kuat ibadatnya, dialah Labib Al-Abid. Dia datang ke
pintu gerbang negeri Syam dari arah barat kota Baghdad, sebuah
tempat yang menjadi laluan orang ramai.
Labib kemudian berkata kepadaku: Dahulu
aku adalah seorang hamba Rom, milik salah seorang tentera. Dialah
yang merawat dan mengajarku cara bermain pedang sehingga aku
pun mahir memainkannya sehingga merasa benar-benar perkasa.
Demi menjalin persaudaraan dan untuk mengawal
hartanya, walaupun aku telah dimerdekakan sepeninggalnya, aku
kemudian menikahi isterinya. Aku yakin, Allah SWT. telah mengetahui
bahawa apa yang kuperbuat itu tiada lain sekadar untuk menjaganya.
Aku tinggal bersamanya beberapa tahun.
Selama hidup berumahtangga dengannya, suatu
hari kulihat seekor ular menyelinap dalam bilik kami. Aku lalu
memegang ekornya untuk kubunuh, tetapi ular itu justeru berbalik
menyerangku dan berjaya menggigit tanganku hingga menjadi lumpuh.
Setelah tanganku yang satu mengalami kelumpuhan, selang beberapa
waktu kemudian tanganku yang lain menyusul lumpuh pula tanpa
sebab- sebab yang jelas. Seterusnya kedua kakiku juga lumpuh,
mataku menjadi buta dan terakhir aku menjadi bisu. Kemalangan
ini kualami selama satu tahun.
Demikianlah keadaanku yang sangat buruk,
kecuali hanya telingaku yang masih mampu menangkap segala pembicaraan.
Aku tergeletak tiada berdaya: Aku selalu diberi minum saat aku
merasa tidak dahaga, sementara itu dibiarkan kehausan saat aku
kenyang, dan dibiarkan ketika aku merasa lapar.
Setelah berjalan satu tahun, datanglah seorang wanita menjumpai
isteriku. Dia bertanya kepada isteriku, “Bagaimana keadaan Abu
Ali Labib?”
“Dia tidak hidup dan tidak juga mati, sehingga hal ini membuatku
bimbang dan hatiku menjadi sangat sedih,” jawab isteriku.
Mendengar hal itu, dalam hatiku lalu mengadu
kepada Allah dan berdoa. Dalam keadaan menderita
sakit yang seperti ini sedikit pun dalam jiwaku tidak merasakan
sesuatu.
Pada suatu hari, aku merasa seakan-akan
menerima pukulan sangat keras yang hampir membuatku binasa.
Hal itu terus berlangsung hingga tengah malam atau mungkin sudah
lewat tengah malam, kemudian sedikit demi sedikit rasa sakitku
ini mula hilang, akhirnya aku dapat tidur.
Keesokan hari ketika terjaga dari tidur,
kurasakan tangan ini telah berada di atas dada, padahal selama
ini tergeletak tidak berdaya di atas tempat tidur kerana mengalami
kelumpuhan. Kucuba untuk bergerak dan ternyata berjaya. Melihat
hal ini, aku merasa gembira dan yakin bahawa Allah akan memberikan
kesembuhan. Kucuba menggerakkan tanganku yang lain dan ternyata
dapat kugerakkan pula.
Aku juga mencuba memegang salah satu kakiku
dan berjaya memegangnya, dan kukembalikan tanganku pada keadaan
semula, hal ini kulakukan pula pada tanganku yang lain. Selepas
itu aku ingin mencuba membalikkan tubuhku dan ternyata dapat
kubalikkan dan bahkan aku mampu duduk lagi. Kemudian, aku bermaksud
untuk berdiri dan ternyata aku juga mampu melakukannya, lalu
kucuba lagi turun dari pembaringan, yang selama ini tubuhku
terbaring. Tempat tidurku itu berada di sebuah bilik yang ada
di rumahku.
Dalam kegelapan aku mencuba untuk mencari
pintu bilik dengan meraba-raba dinding bilik, sebab mataku belum
dapat melihat dengan terang. Akhirnya aku berjaya mencapai teras
rumah dan di sana aku dapat memandang langit dan bintang-gemintang
yang berkedip. Kerana luapan kegembiraan yang tiada terkira
hampir menghentikan detak jantungku, dan segera terlontar dari
bibirku rasa syukur kepada-Nya:
“Wahai Zat Yang Maha Kaya Kebaikan-Nya! Hanya Milik-Mulah segala
puji.”
Setelah itu aku pun berteriak memanggil isteriku dan dia segera
datang menemuiku seraya berkata, “Abu Ali?”
“Sekarang inilah aku menjadi Abu Ali yang sebenarnya. Dan kini
nyalakanlah lampu,” kataku kepadanya.
Isteriku segera pula menyalakan lampu, dan
kemudian kuperintahkan kepadanya untuk mengambilkan sebuah gunting.
Dia pun datang dengan membawa gunting yang
kumaksud, dengan gunting itulah kupotong kumisku. Isteriku lalu
berkata kepadaku, “Apa yang hendak kamu lakukan? Bukankah teman-temanmu
telah mencelamu?”
“Selepas ini, aku tidak akan melayani seorang pun kecuali hanya
Tuhanku semata-mata,” jawabku.
Seterusnya kugunakan seluruh waktuku untuk
menghadap kepada Allah SWT. dan tekun beribadat. Al-Qadhi Abu
Ali meneruskan ceritanya kembali, bahawa Abu Ali Labib Al Abib
adalah seorang yang mustajab doanya.
^ Kembali ke atas
^