| Patah hati | Pemimpin
Para Ibu |
.
eorang
wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah
menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus
dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti
Wahab. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai
rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan
yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya
sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.
Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya.
“Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari
suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang
yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang
baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari
sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih
dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian
yang terbaik.”
Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi,
tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa
putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu
risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq
tentang Aminah binti Wahab ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis
yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.”
Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang
Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan
paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah)
memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan
dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan
kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.”
Aminah binti Wahab merupakan bunga yang indah
di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani
Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup
dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga
sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilannya atau gambaran
fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya
kecuali sebagai gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya
di kalangan Quraisy.
Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak
keluar dari rumah bani Zuhrah dan menyebar ke segala penjuru Makkah.
Bau harumnya membangkitkan harapan mulia dalam jiwa para pemudanya
yang menjauhi wanita-wanita lain yang terpandang dan dibicarakan
orang.
^ Kembali ke atas
^
Patah hati
Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai
isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik
dan suci. Ramai gadis yang meminang Abdullah sebagai suaminya
seperti Ruqaiyah binti Naufal, Fatimah binti Murr, Laila al Adawiyah,
dan masih ramai wanita lain yang telah meminang Abdullah.
Ibnu Ishaq menuturkan tentang Abdul Muthalib
yang membimbing tangan Abdullah anaknya setelah menebusnya dari
penyembelihan. Lalu membawanya kepada Wahab bin Abdu Manaf bin
Zuhrah - yang waktu itu sebagai pemimpin bani Zuhrah - untuk
dikahwinkan dengan Aminah.
Abdullah adalah pemuda paling tampan di
Makkah. Paling memukau dan paling terkenal di Makkah. Tak hairan,
jika ketika ia meminang Aminah, ramai wanita Makkah yang patah
hati.”
Cahaya yang semula memancar di dahi Abdullah
kini berpindah ke Aminah, padahal cahaya itulah yang membuat
wanita-wanita Quraisy rela menawarkan diri sebagai calon isteri
Abdullah. Setelah berhasil mengahwini Aminah, Abdullah pernah
bertanya kepada Ruqaiyah mengapa tidak menawarkan diri lagi
sebagai suaminya. Apa jawab Ruqayah, “Cahaya yang ada padamu
dulu telah meninggalkanmu, dan kini aku tidak memerlukanmu lagi.”
Fatimah binti Murr yang ditanyai juga berkata,
“Hai Abdullah, aku bukan seorang wanita jahat, tetapi kulihat
aku melihat cahaya di wajahmu, kerana itu aku ingin memilikimu.
Namun Allah tak mengizinkan kecuali memberikannya kepada orang
yang dikehendakiNya.” Jawaban serupa juga disampaikan oleh Laila
al Adawiyah. “Dulu aku melihat cahaya bersinar di antara kedua
matamu kerana itu aku mengharapkanmu. Namun engkau menolak.
Kini engkau telah mengahwini Aminah, dan cahaya itu telah lenyap
darimu.”
Memang “cahaya” itu telah berpindah dari
Abdullah kepada Aminah. Cahaya ini setelah berpindah-pindah
dari sulbi-sulbi dan rahim-rahim lalu menetap pada Aminah yang
melahirkan Nabi Muhammad SAW. Bagi Muhammad merupakan
hasil dari doa Ibrahim bapanya. Kelahirannya sebagai khabar
gembira dari Isa saudaranya, dan merupakan hasil mimpi dari
Aminah ibunya. Aminah pernah bermimpi seakan-akan sebuah cahaya
keluar darinya menyinari istana-istana Syam. Dari suara ghaib
ia mendengar, “Engkau sedang mengandung pemimpin ummat.”
Masyarakat di Makkah selalu membicarakan,
kedatangan nabi yang ditunggu-tunggu sudah semakin dekat. Para
pendita Yahudi dan Nasrani, serta peramal-peramal Arab, selalu
membicarakannya. Dan Allah telah mengabulkan doa Ibrahim as. seperti
disebutkan dalam Surah al Baqarah ayat 129. “Ya Tuhan kami.
Utuslah bagi mereka seorang rasul dari kalangan mereka.”
Dan terwujudlah khabar gembira dari Isa as. seperti tersebut dalam
Surah as Shaff ayat 6. “Dan memberi khabar gembira dengan (datangnya)
seorang rasul yang akan datang sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad).
Benar pulalah tentang ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang
keluar dari dirinya serta menerangi istana-istana Syam itu.”
^ Kembali ke atas
^
Pemimpin Para Ibu
Aminah adalah pemimpin para ibu, kerana ia
ibu Nabi Muhammad yang dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah
untuk ummat manusia hingga akhir zaman. Muhammadlah penyeru kebenaran
dan keadilan serta kebaikan berupa agama Islam. “Dan barangsiapa
memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima (agama itu)
darinya. Dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.”
(Ali Imran: 85)
Saat menjelang wafatnya,
Aminah berkata: “Setiap yang hidup pasti mati, dan setiap yang baru
pasti usang. Setiap orang yang tua akan binasa. Aku pun akan wafat
tapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan
seorang bayi yang suci.”
Diriwayatkan oleh Aisyah dengan katanya,
“Rasulullah SAW memimpin kami dalam melaksanakan haji wada’.
Kemudian baginda lalu dekat kubur ibunya sambil menangis sedih.
Maka aku pun ikut menangis kerana tangisnya.”
Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekalnya namanya nan
abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung sebagai ibu Muhammad
manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para
nabi, dan sebagai rasul yang mulia. Aminah binti Wahab adalah
ibu kandung rasul yang mulia. Semoga Allah memberkahinya.
^ Kembali ke atas
^