| Tentera yang Tiada Tandingan
| Mencari Maklumat |
| Serangan Mengejut | Ketabahan
Nabi dan Sahabat |
.
udah
merupakan kebiasaan Nabi, bilamana baginda menaklukkan suatu wilayah,
secara peribadi baginda mempelajari keadaan politik dan agama
penduduknya selama baginda tinggal di situ. Sebelum meninggalkan
tempat itu, baginda melantik orang-orang yang sesuai untuk berbagai
jawatan. Alasannya ialah bahawa orang-orang di wilayah itu, yang
mengenali sistem lama yang batil, tidak mengenali sistem Islam
yang menggantikannya. Islam adalah suatu sistem sosial, moral,
politik, dan agama, yang hukum-hukumnya berasal dari wahyu.
Untuk mengenalkan hukum-hukum ini kepada manusia
serta penerapannya dalam praktik diperlukan orang yang cekap,
cerdas dan berpengetahuan. Ia harus mampu mengajarkan kepada mereka
prinsip-prinsip Islam yang benar secara bijak, dan harus pula
menerapkan sistem Islam di tengah-tengah mereka
Ketika Nabi memutuskan hendak berangkat dari
Makkah menuju wilayah suku Hawazin dan Tsaqif, baginda melantik
Mu’az bin Jabal sebagai guru dan mengajari umat, dan mengamanatkan
pemerintahan kota itu dan imam masjid kepada ‘Atab bin Usaid yang
cekap. Setelah tinggal di Makkah selama lima belas hari, Nabi
berangkat menuju daerah suku Hawazin.
Tentera yang Tiada Tandingan
Pada saat itu ada 12,000 tentera di bawah panji
Nabi. Dari jumlah itu, 10,000 orang menyertainya dari Madinah
dalam pembebasan Makkah, sedang yang 2,000 berasal dari kaum Quraisy
Makkah yang baru masuk Islam, dengan Abu Sufyan sebagai pemimpinnya.
Di masa itu, tentera sebesar itu hampir
tak pernah ada di Tanah Arab. Namun, justeru kekuatan jumlah
mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan awal mereka. Sebabnya,
berlainan dengan di masa lalu, sekarang mereka membanggakan
diri kerana jumlahnya yang besar. Akibatnya, mereka mengabaikan
taktik dan prinsip-prinsip perang.
Ketika para sahabat melihat jumlah tentera
yang besar itu ada di antara mereka yang berkata, “Sama sekali
kita tak akan kalah, kerana jumlah tentera kita jauh lebih besar
daripada musuh.” Namun, ia tidak menyedari bahawa keunggulan
jumlah bukanlah satu-satunya faktor penentu kemenangan, dan
sesungguhnya faktor itu malah kurang penting.
Al-Quran sendiri menyebutkan hal ini yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para
mukmin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan
Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya
jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat
kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas ini telah terasa sempit
olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”
(Al Qasas : 85)
^ Kembali ke atas
^
Mencari Maklumat
Setelah pembebasan Makkah, api perlawanan menyala
di daerah-daerah kediaman suku Hawazin dan Tsaqif. Mereka menjalin
hubungan khusus di antara mereka. Mata rantai penghubung di antara
mereka ialah seorang lelaki gemar berperang yang bernama Malik
bin ‘Aufan Nasri. Hasil dari persekutuan mereka, sebelum tentera
Islam sempat memberi perhatian kepada mereka, mereka sendiri telah
datang menghadapi tentera Islam. Akibatnya, sebelum kaum Muslimin
bergerak, mereka menyerang dengan keras melalui suatu taktik tentera.
Mereka juga telah memilih seorang lelaki gagah berani berusia
tiga puluh tahun untuk bertindak sebagai komando perang.
Selain dari kedua-dua suku di atas, suku
Bani Hilal, Nasar, dan Jasyam juga ikut serta dalam pertempuran
ini, dan semuanya menjelma sebagai pasukan pemukul yang padu.
Sesuai perintah panglima tertingginya, semua
yang ikut dalam pertempuran itu menempatkan kaum wanita, anak-anak,
dan hartanya dibelakang tentera. Ketika ditanya tentang alasan
keputusannya itu, Malik, sang panglima mengatakan, “Kaum lelaki
ini akan tetap teguh dalam pertempuran untuk melindungi keluarga
dan hartanya dan sama sekali tak akan berfikir untuk melarikan
diri atau mundur.”
Ketika Duraid bin Sammah, pejuang tua yang
berpengalaman, mendengar ratapan kaum wanita dan anak-anak,
ia mengecam Malik. Ia memandang tindakan Malik itu salah dari
sisi prinsip perang, ia berkata kepada Malik, ”Dengan tindakan
ini, apabila nanti kamu dikalahkan maka kamu akan menyerahkan
semua wanita dan harta kamu kepada tentera Islam secara borong.”
Malik tidak mempedulikan kata-kata tentera
berpengalaman itu. Ia mengatakan, “Kamu telah menjadi tua dan
telah kehilangan kebijaksanaan dan pengetahuan tentang taktik
berperang.” Peristiwa kemudian membuktikan bahawa orang tua
itu benar. Kehadiran wanita dan anak-anak di medan perang, di
mana orang harus menyerang dan lari, ternyata tak berguna, bahkan
hanya mempersulit dan menghalangi gerak tentera.
Nabi mengutus Abdullah al-Aslami secara
rahsia untuk menghimpun maklumat tentang peralatan, niat, dan
rancangan gerakan musuh. Ia berkeliling di seluruh tentera musuh
itu sambil mengumpulkan maklumat yang diperlukan, untuk kemudian
menyampaikannya kepada Nabi. Sebaliknya, Malik juga mengirim
tiga orang perisik kepada kaum Muslimin secara khusus untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan. Namun, mereka malah kembali
kepada Malik dengan hati penuh takjub dan takut.
Panglima pasukan musuh itu memutuskan untuk
menambah bilangan tentera dan berusaha mengatasi kelemahan moral
tenteranya dengan tipu daya yang licik, yakni dengan melakukan
serangan mengejut dan menimbulkan kekacauan di kalangan tentera
Islam, agar tentera Islam porak-peranda.Untuk mencapai tujuan
itu, Malik berkhemah di hujung lembah yang mengarah ke wilayah
Hunain.
Kemudian ia memerintahkan semua tenteranya
bersembunyi di sebalik batu-batu dan celah-celah bukit tinggi
di sekitar lembah itu. Begitu tentera Islam tiba di lembah yang
dalam dan panjang itu, mereka semua harus keluar dari tempat persembunyiannya
lalu menyerang kesatuan-kesatuan tentera Islam dengan panah dan
batu. Setelah itu, suatu kelompok khusus harus turun dari perbukitan
secara teratur dan menyerang kaum Muslimin dengan pedang di bawah
perlindungan pasukan pemanah.
^ Kembali ke atas
^
Serangan Mengejut
Nabi menyedari kekuatan dan strategi musuh.
Oleh itu, sebelum meninggalkan Makkah, baginda memanggil Shafwan
bin Umayyah, lalu meminjam seratus baju perang sambil menjamin
pengembaliannya. Baginda sendiri memakai dua baju perang dan pelindung
kepala. Sambil menunggang keldai putih yang telah dihadiahkan
kepadanya, baginda bergerak maju bersama tentera Islam.
Tentera Islam beristirehat malam hari dimulut
lembah tadi. Sebelum fajar sepenuhnya muncul, pasukan Muslim
dari suku Bani Salim tiba di jalur Lembah Hunain di bawah komando
Khalid bin Walid. Ketika sebahagian besar tentera Islam masih
di dalam lembah itu, tiba-tiba terdengar bunyi riuh desiran
panah dan teriakan ramai pasukan musuh yang sebelumnya telah
duduk menghadang di sebalik batu-batu. Ini menciptakan kegemparan
luar biasa di kalangan kaum Muslimin.
Panah menghujani mereka, dan sekelompok musuh
menyerang di bawah lindungan para pemanahnya. Serangan mengejut
ini menyebabkan kaum Muslimin bertempiaran dan mereka segera mencari
perlindungan. Kekacauan dan perpecahan pun timbul. Perkembangan
ini sangat menggembirakan kaum munafik yang ada di antara tentera
Islam. Sebahagian berkata, “Kaum Muslimin akan melarikan diri
hingga ke pesisir laut.” Seorang munafik lain mengatakan, “Sihir
telah terlawan.” Yang lain bertekad untuk menghabisi Islam dalam
keadaan kacau itu dengan membunuh Nabi untuk menghancurkan keimanan
kepada Allah Yang Maha Esa dan kenabian Islam sekaligus.
^ Kembali ke atas
^
Ketabahan Nabi dan Sahabat
Nabi sangat terganggu oleh larinya para tentera
yang merupakan penyebab utama segala kegemparan dan kekacauan
itu. Baginda merasa bahawa apabila keadaan itu dibiarkan, walaupun
hanya sebentar, jalannya sejarah mungkin menjadi lain; pasukan
syirik akan menghancurkan tentera tauhid.
Oleh itu, sambil menunggang keldainya, baginda
berseru dengan suara nyaring, “Hai pembela Allah dan Nabi-Nya!
Aku hamba Allah dan Nabi-Nya.” Baginda mengucapkan kalimat ini
lalu memalingkan keldainya ke medan pertempuran yang telah diduduki
tentera Malik. Sekelompok orang siap berkorban, seperti Ali,
Abbas, Fadhal bin Abbas, Usamah, dan Abu Sufyan bin Harits,
yang tak sudi membiarkan Nabi sendirian tanpa perlindungan,
juga maju bersama Nabi.
Nabi meminta Abbas, bapa saudaranya, yang
suaranya amat keras, untuk memanggil kembali kaum Muslimin yang
bertempiaran, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang
membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi?
Nabi berada di sini!” Kata-kata Abbas sampai ke telinga kaum
Muslimin dan merangsang semangat dan ghairah keagamaan mereka.
Mereka semua segera menyambut dengan mengatakan, “Labbaik! Labbaik!”
Lalu kembali dengan gagah berani bersama-sama Nabi.
Seruan Abbas yang berulang-ulang, yang memberi
khabar gembira tentang keselamatan Nabi, membuat orang-orang
yang bertempiaran itu kembali kepada Nabi dengan rasa penyesalan
dan mengatur lagi barisannya. Sesuai dengan perintah Nabi, dan
untuk menghapus noda malu kerana melarikan diri itu, kaum Muslimin
melakukan suatu serangan umum. Dan dalam waktu sangat singkat,
mereka berhasil memukul musuh mundur atau melarikan diri. Untuk
memberi semangat kepada kaum Muslimin, Nabi mengatakan, “Saya
Nabi Allah dan tak pernah berdusta, dan Allah telah menjanjikan
kemenangan kepada saya.”
Taktik perang ini berhasil membuat para pejuang
Hawazin dan Tsaqif melarikan diri ke wilayah Autas dan Nakhlah
dan ke benteng Tha’if, dengan meninggalkan kaum wanita dan harta
mereka serta tenteranya yang mati di medan pertempuran.
^ Kembali ke atas
^