| Keanehan-keanehan Tukang Azan
| Keanehan-keanehan Peminta Sedekah |
| Minta 70 Dulang Otak Manusia | Rahsia
Alif, Lam, Mim Dalam Surat Khalifah |
Keanehan-keanehan Tukang
Azan
yekh
Syihabuddin Muhammad bin Ahmad di dalam kitabnya “Al-Mustatraf”
menceritakan tentang peristiwa-peristiwa tukang azan, di antaranya:
( i )
Seorang muazzin telah ditegur kerana azannya
terlalu perlahan: “Kami tidak mendengar suara azanmu, kuatkanlah
sedikit.”
“Aku dapat mendengarkan suaraku dari jarak satu batu.” jawab
si Muazzin.*
( ii )
Seseorang berkata bahawa dia melihat muazzin
melaungkan azan, kemudian keluar dari masjid dan lari seperti
mengejar sesuatu.
“Hendak kemana engkau?” tanya orang.
“Aku ingin mendengarkan azanku sampai kemana gemanya.” *
( iii )
Diceritakan pula bahawa ada dua orang lelaki
telah bersengketa pasal seorang jariah. Kerana tidak ada yang
mahu mengalah, kedua-duanya sepakat menumpangkan jariah itu kepada
seorang muazzin. Pada sebelah pagi setelah berazan, tiba-tiba
muazzin itu berkata: “La ilaha illallah....telah hilang rasa kepercayaan
dari manusia.”
“Bagaimana rasa kepercayaan boleh hilang dari manusia?” tanya
mereka.
“Ini buktinya.” kata tukang azan itu sambil menunjuk kepada jariah
yang ditumpangkan kepadanya. “Jariah ini ditinggalkan kepadaku.
Kata yang menumpangkannya dia masih perawan. Tapi setelah aku
menggaulinya, ternyata dia sudah janda.”*
( iv )
Dikota Humas ada seorang tukang azan yang memekik-memekik
pada pagi Ramadhan: “Bersahurlah kalian! Aku sudah menyuruhmu.
Cepatlah makan, sebelum saya berazan. Allah akan menghitamkan
mukamu.” *
Seorang berazan sambil melihat lafaz-lafaz
azan yang ditulis pada sehelai kertas.
“Engkau tidak hafal azan?” tanya mereka.
“Jangan tanya kepada saya, tapi pergilah kepada Kadi.” jawab
Muazzin itu.
Mereka pun pergi ke rumah Kadi dan mengucapkan: “Assalamualaikum,
wahai tuan Kadi.”
Kadi tidak segera menjawab, tapi masih mengeluarkan sehelai kertas
lalu dibacanya: “Wa alaikum salam warahmatullahi wabarakatuh.”
Maka orang-orang surau itu pun datang kepada
si Muazzin dan meminta maaf setelah mengetahui bahawa kadinya
juga tidak hafal Assalamualaikum...” *
( v )
Seorang perempuan mendengar muazzin melaungkan
azan Subuh setelah terbit matahari. Ketika sampai pada “Asshalatu
khairum minannaum (Solat itu lebih baik daripada tidur), perempuan
itu menjawab: “Tidur lebih baik daripada solat seperti sekarang
ini.”
^ Kembali ke atas
^
Keanehan-keanehan Peminta
Sedekah
Syekh Syihabuddin Muhammad bin Ahmad menceritakan
pula tentang kisah-kisah para peminta sedekah yang sampai kepada
beliau.
( i )
Di antaranya kisah seorang peminta sedekah yang datang ke sebuah
rumah, lalu berseru: “Wahai tuan yang empunya rumah...” Belum
sempat dia meneruskan perkataannya, tuan rumah telah bangun meninggalkannya
sambil berkata: “Semoga Allah melapangkan engkau.”
“Wahai tuan rumah! Alangkah baiknya kalau engkau mendengarkan
apa yang akan kukatakan terlebih dahulu. Barangkali aku datang
untuk menjemputmu ke majlis kenduri kahwin.” kata si peminta sedekah.
*
( ii )
Diceritakan pula bahawa seorang peminta sedekah
berdiri di hadapan pintu sebuah rumah kerana mengharapkan sesuatu.
“Semoga Allah melapangkan engkau. Kami tidak punya apa-apa untuk
diberikan kepada engkau.” kata tuan rumah.
“Sisa-sisa makanan pun jadi.” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.” kata tuan rumah.
“Sedikit gandum atau syair pun jadilah tuan.”
“Kami tidak punya.”
“Secawan susu atau zait?” kata si pengemis.
“Kami tidak punya.”
“Kalau begitu, berilah saya sedikit air suam saja.”
“Kami tidak punya apa-apa.”
“Kalau begitu, apa yang engkau buat di dalam rumah ini? Pergilah
keluar mengemis. Kalian lebih patut menjadi peminta sedekah daripada
saya.” kata si pengemis lalu pergi. *
( iii )
Syekh Syihabuddin menceritakan pula bahawa
seorang pengemis telah berseru di hadapan sebuah rumah: “Tuan,
kami lapar, berilah sesuap makanan.”
“Engkau berbohong.” kata tuan rumah.
“Betul tuan. Kalau tidak percaya, tuan boleh cuba aku dengan
dua kati roti dan dua kati daging. Nescaya ia akan habis sebagai
tanda bahawa kami betul-betul lapar.” kata si pengemis.
^ Kembali ke atas
^
Minta 70 Dulang Otak Manusia
Semasa masih dalam Yahudi, Abdullah bin Saba’
telah mengatakan bahawa Yusa’ bin Nun telah mendapat wasiat dari
Nabi Musa Alaihissalam tentang kepimpinan selepasnya. Apabila
masuk Islam, dia mempromosikan ideanya pula yang mengatakan bahawa
Ali bin Abi Thalib telah mendapat wasiat dari Nabi Muhammad SAW
agar memegang kepimpinan sesudah kemangkatan baginda.
Abdullah bin Saba’lah yang mula-mula mengatakan
bahawa imamah itu adalah hak Ali bin Abi Thalib, dan dia telah
mencerca sahabat-sahabat yang lain. Dia berkata bahawa Ali bin
Abi Thaliblah yang menyuruhnya agar mengeluarkan perkataan tersebut.
Apabila Ali mendengar perkara tersebut, beliau telah memerintahkan
agar Abdullah bin Saba’ ditangkap dan dibunuh. Akan tetapi ketika
hukuman akan dijalankan, beberapa orang pendukungnya telah menghalangnya
dengan suatu alasan. Kemudian Ali membuang bekas tokoh Yahudi
itu ke Madain. Walau bagaimanapun, Abdullah bin Saba’ masih tetap
mempertahankan ideanya kerana memang bertujuan ingin menggoncang
aqidah umat Islam dari dalam.
Ketika berita kewafatan Khalifah Ali telah
tersebar, Abdullah bin Saba’ menyumpah-nyumpah membantah dan tidak
mempercayainya. Dia telah berkata kepada orang yang membawa berita
itu: “Engkau telah berbohong! Walaupun engkau bawa ke sini otak
Ali dalam tujuh puluh dulang dan engkau bawa tujuh puluh orang
saksi yang adil mengakui bahawa Ali telah terbunuh, aku tetap
tidak mempercayainya. Aku tahu bahawa Ali tidak akan mati dan
tidak akan terbunuh. Sesungguhnya beliau tidak akan mati sehinggalah
beliau menguasai seluruh muka bumi ini.”
Apa yang jelas, Sayyidana Ali bin Abi Thalib memang wafat terbunuh,
kerana beliau adalah manusia biasa juga.
^ Kembali ke atas
^
Rahsia Alif, Lam, Mim
Dalam Surat Khalifah
Diceritakan bahawa Sultan Mahmud telah mencabar
Khalifah Al-Qadir Billah di Baghdad, mungkin kerana timbul suatu
perselisihan faham. Sultan Mahmud menghantar utusan kepada Khalifah
Al-Qahir dengan membawa surat ugutan bahawa beliau sanggup menghantar
pasukan bergajah untuk melanggar dan memporak perandakan Baghdad.
Diterangkannya pula bahawa gajah-gajahnya boleh mengangkat bumi
Baghdad dan dibawa ke Ghazanah.
Khalifah Al-Qadir tidak tinggal diam, beliau
terus mengirim surat cabaran. Anehnya surat Khalifah hanya mengandungi
tiga huruf saja iaitu:
( Alif, Lam, Mim )
Sultan bingung ketika menerima surat tersebut
kerana tidak faham apa maksudnya. Beliau memanggil pakar-pakar bahasa,
tapi mereka juga tidak mengetahui maksudnya. Ahli-ahli Tafsir dan
Al-Quran juga dipanggil dan mereka berusaha mempadan-padankan surat
Khalifah itu dengan surah-surah di dalam Al-Quran yang diawali dengan
huruf Alif Lam Mim, tapi tidak sesuai. Ia tidak dapat dihubung kaitkan
dengan kandungan surat Khalifah yang dihantar kepada Sultan.
Dalam keadaan Sultan bingung mencari orang
yang lebih pakar lagi, tampil seorang pemuda yang selama ini tidak
diambil kira oleh mereka.
“Kalau Sultan mengizinkan, saya cuba untuk mempelajari rahsia
surat itu.” kata si pemuda.
Para pegawai istana melaporkan tawaran si
pemuda kepada Sultan, dan baginda mengizinkannya.
“Panggil dia ke sini.” kata Sultan.
Si pemuda masuk dan surat itu pun dihulurkan kepadanya. Setelah
berfikir beberapa minit, si pemuda bertanya: “Apakah Sultan pernah
menghantar surat kepada Khalifah yang berisi ugutan untuk menyerang
dengan menggunakan tentera bergajah?”
“Betul, betul. Tapi apa hubungannya?” tanya Sultan.
“Kalau begitu, Khalifah telah menghantar surat kepadamu yang
ertinya:
“Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak
terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu
daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia?”
(Al-Fil: 1-2)
“Oh... betul tuanku.
Khalifah telah menyahut cabaran tuanku.” kata para pakar bahasa
dan Tafsir hampir serentak. Sultan merasa gembira dan berterima
kasih kepada si pemuda dan diberinya hadiah yang banyak. Mereka
juga merasa gelihati sendiri kerana telah berpusing-pusing membongkar
Tafsir dan mengkaji surah-surah yang dimulakan dengan Alif lam mim,
tapi ternyata ia hanyalah hujung surat Al-Fil.*
Aristotles berkata: “Orang yang berakal dapat
menangkap fikiran orang yang berakal. Sedang orang yang bodoh
tidak dapat menerima fikiran orang yang berakal, bahkan tidak
dapat menerima orang bodoh.”
^ Kembali ke atas
^