Rasulullah
SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
.
ari
Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa
saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang
bermaksud:
“Aku
adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur
(bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat
pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku
dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku
adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab
sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka
akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.
Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah
yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para
rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur
di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya
bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama
bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya
pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan
menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata:
“Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang
segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu
dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW
bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur
Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada
di atas kubur.”
Israfil bersuara:
“Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur
mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah
SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala
dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri.
Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis
sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata
kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi
Allah Taala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya,
“Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab:
“Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah
hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah
Taala.”
Baginda SAW bersabda:
“Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata:
“Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda:
“Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata:
“Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di
atasmu?”
Baginda SAW bersabda:
“Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku.
Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata:
“Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada
manusia, sebelummu?”
Baginda SAW bersabda:
“Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan
umatku.”
Jibril as berkata
kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW
dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”
Jibril as datang
bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak
malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?
Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku.
Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam
keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda
kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya
aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya
lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan
mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas
bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai
tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput,
rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus!
Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas,
dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang
Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di
dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap
roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas
bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang
sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah
tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan
tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh
tanpa roh.
Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala
tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur.
Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian
dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”
Malaikat Israfil
as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu
kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di
hadapan Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman:
“Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku
kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar
untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya.
Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila
semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk.
Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri.
Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi
SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang
lautan.
Jibril as menyeru:
“Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan
yang telah disediakan oleh Allah Taala.”
Umat-umat datang
di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad
SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana
umatku?”
Jibril as berkata:
“Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila nabi
Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka
nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad
SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata:
“Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad
bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata:
“Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar
cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai
Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata:
“Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah
Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu
dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.
Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis
serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:
“Wahai Muhammad!”
Air mata mereka
mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul
di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka
di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan
yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan
Allah, Tuhan semesta alam.”
Allah Taala berfirman
di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi:
“Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata:
“Mereka adalah sebaik umat.”
Allah Taala berfirman:
“Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa
umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali
di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu
telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad
SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu
telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut
akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana
pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik
kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu
dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari
ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu.
Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai
Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya,
bawakan Jahanam!”
Jibril pergi
berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah
Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya:
“Apakah hari ini?”
Jibril menjawab:
“Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk
membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata:
“Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”
Jibril menjawab:
“Ya!”
Malik bertanya:
“Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata:
“Di hadapan Allah Taala!”
Malik bertanya
lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan
nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?”
Jibril berkata:
“Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.
Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang
yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada
kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata
mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil
alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya
mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya
tidak mabuk.
^ Kembali ke atas
^
Rasulullah
SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang
yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung
dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku!
Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari
ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim!
Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung
dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak
meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku
Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Isa as datang di dalam keadaan menangis.
Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku..
Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku.
Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin
kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku....
!Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk
umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru:
“Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku...
Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya
dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara
apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat
yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga
terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?”
Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti
di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Kamu!
Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci
diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian
sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Allah Taala berfirman: “Aku percaya!”
Allah Taala telah menambahkan cahaya
dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan
dengan kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia
bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak
kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas.
Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir.
Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi
sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali,
baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW
rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya.
Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan
Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman
Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah
Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku!
Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat akan
firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami
tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: “Wahai permata
hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.
Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan
perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di
atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku!
Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah!
Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung
nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:”
Bagi setiap orang dari mereka, di
hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa:
37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak
mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku
di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya
aku dapati kamu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku
di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru:
“Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan
menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan dari
arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya
pada apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu
yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan
tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk
kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran,
maka manusia yang menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada
orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad
SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka:
“Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “Kami tidak menyembah
melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali
Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya!
Tiada yang kami kenali selainNya.”
Apabila ahli neraka
dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar
bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah
mencela mereka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta
syafaat kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi
didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua
berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad
SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga
merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam
as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata:
“Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta
cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata:
“Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi
apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari
di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya
juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu
tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab
kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau
neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu
dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar
firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.
Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang
panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi
Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi
Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami
terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami
dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka
ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku.
Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan
Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala!
Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya
aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan
di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa
Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata:
“Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa
tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku
dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku
ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk
lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan
dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa
nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala
telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil
aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku
malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah
Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad
SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat
dari Nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh
Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad
SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu
untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas
mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai
sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari
dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala
untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di
sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam!
Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad!
Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan
hantarkan anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai
untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: Setiap seribu
lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Allah Taala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta
dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu
keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi
orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu
Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi
Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya
daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk
memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya
Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu
dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu
mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka
ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan
dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku!
Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah
hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
^ Kembali ke atas
^
Umat
Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
Allah Taala menyeru:
“Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka
di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri
di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa
yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah
Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka,
dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada
orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang
diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW
bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran
Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga
mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar
apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan
mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW
telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW
mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku
wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama
berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua
melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi
seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung
yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan
penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW
berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang
dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik
tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik
muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan
dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai
Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan!
Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan
dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan
untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok
yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira
melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada
kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka
dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka
melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi
mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek
serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka
minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak
yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka
semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga
aku melihat bapa dan ibuku.”
Kanak-kanak yang belum melihat ibu
dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih
di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa
dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima
oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat
dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga
moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan
mereka.”
Demikianlah! Orang
yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan
yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.”
Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW
melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang
terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada
bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di
atas kepalanya.
Apabila bendera
baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan
tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab:
“Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka.
“Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan
aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”
Nabi Muhammad SAW
memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap
kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada
Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan
menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
^ Kembali ke atas
^