Tajuk:
Rintihan Roh
iriwayatkan:
“Jika roh telah keluar dari tubuh manusia dan telah lewat tiga hari,
maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga
aku berjalan dan melihat tubuhku yang dahulu aku berada di dalamnya.”
Maka Allah memperkenankan kepadanya. Lalu ia datang ke kuburnya
dan melihat kepadanya dari jauh. Kedua lubang hidungnya dan mulutnya
mengalir darah. Maka ia menangis dengan suatu tangisan yang cukup
lama. Lalu ia merintih, aduuuh hai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku.
Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah serigala,
bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.
Setelah lewat lima hari
roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku.”
Maka Allah memperkenankannya. Lalu ia datang ke kuburnya dan melihat
dari jauh. Dan mengalirlah kedua lubang hidung dan mulutnya berupa
air nanah.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Mereka tidak
dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan para
malaikat berdiri dengan berbaris.”
( An-Naba’: 38)
Disebutkan
dalam satu keterangan, bahawa yang dimaksud roh itu adalah rohnya
anak Adam (manusia), dan keterangan yang lain mengatakan bahawa
roh itu adalah rohnya malaikat Jibril as. Juga ada keterangan
yang menyebutkan bahawa roh itu adalah rohnya Nabi Muhammad SAW
yang berada di bawah Arasy, ia minta izin dari Allah di malam
Lailatul Qadar untuk turun memberikan salam penghormatan kepada
seluruh mukminin dan mukminat dan roh itu berjalan melalui mereka.
Ada pula yang menyebutkan
bahawa roh itu adalah rohnya para kerabat yang sudah mati, mereka
berkata: “Wahai Tuhan kami, semoga Engkau memperkenankan kami untuk
turun ke rumah-rumah kami, sehingga kami melihat anak-anak kami
dan ahli-ahli kami. Maka roh-roh itu turun pada malam Lailatul Qadar.
Sebagaimana Ibnu Abbas
ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat
yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar,
dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur
mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata:
“Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini
dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian
bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya,
maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah
di malam yang penuh keberkahan ini.
Adakah seorang telah belas
kasihan kepada kami, apakah dari salah seorang ada yang mengenangkan
ratapan kami wahai orang yang menempati rumah-rumah kami, wahai
orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri
memperluas mahligai kami yang sekarang kami dalam kesempitan kubur
kami, wahai orang yang membagi harta benda kami, wahai orang.yang
menyiakan anak yatim kami. Adakah salah seorang dari kamu sekalian
ada yang mengenang perantauan kami? Buku amal kami dilipat dan kitab
amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang
kubur melainkan pahalanya. Maka janganlah kalian melupakan kami
dengan sebuku rotimu dan doamu, sebab kami orang-orang yang berhajat
kepada kamu sekalian, selama-lamanya.
Jika
mayat memperoleh sedekah dan doa dari mereka maka ia kembali dengan
riang gembira, dan jika ia tidak memperoleh maka ia pulang dengan
sedih dan duka serta terhalang, dan putus asa dari mereka.
Telah diterangkan, bahawasanya roh dalam perkumpulan
haiwan tidak dalam seluruh tubuh, tapi ia dalam satu bahagian dari
beberapa bahagian yang tidak dapat ditentukan dengan dalil. Bahawasanya
seorang dilukai dengan luka-luka yang banyak maka ia tidak mati. Dan
ia dilukai dengan luka-luka satu maka ia menjadi mati. Sebab luka
itu jika menimpa pada tempat di mana roh bertempat di mana roh di
dalamnya, dan bahawasanya roh bertempat pada seluruh tubuh dan bahawasanya
mati itu dalam seluruh tubuh, maka Firman Allah SWT menunjukkan:
Katakanlah: “la akan dihidupkan oleh Tuhan
yang menciptakannya kali yang pertama.”
(Yaa
Siin: 79)
Jika
dikatakan, apakah bedanya antara roh dengan rawan? Maka kita katakan
hahwa keduanya adalah satu. Keduanya tidak ada perbedaan, sebagaimana
tubuh serta tangan adalah menjadi satu. Cuma kalau tangan dapat bergerak
kesana kemari tapi kalau tubuh sama sekali tidak bergerak. Demikian
pula rawan kesana kemari tapi sama sekali tidak bergerak.
Kemudian mengenai tempatnya
roh di dalam tubuh tidak dapat ditentukan. Adapun tempatnya rawan
di antara kedua alis. Maka jika roh itu hilang seorang hamba menjadi
mati, dan jika rawan hilang ia menjadi tidur. Sebagaimana air yang
dituangkan qas’ah dan ditaruh di rumah ada matahari yang sinarnya
melalui lubang atap dan qas’ah itu tidak bergerak dari tempatnya.
Maka demikian halnya roh
bertempat di dalam tubuh dan pusatnya berada di Arasy. Adapun rawan
melihat dikala bermimpi dan ia berada di alam malakut.
Adapun tempatnya roh setelah
dicabut, ada diterangkan bahawa tempatnya disengkala yang didalamnya
terdapat lubang sejumlah bilangan haiwan-haiwan yang dijadikan sampai
hari kiamat. Jika ia mendapat kenikmatan berada di situ dan jika
mendapat azab maka di situ pula.
Ada disebutkan bahawa
roh-roh para mukminin berada dalam telur burung yang hijau di syurga
iliyyin, adapun rohnya orang-orang kafir berada dalam telur burung
yang hitam di neraka. Dan ada dikatakan bahawa rohnya para mukminin
ketika dicabut, maka para malaikat rahmat sama mengangkat membawa
naik roh ke langit yang tujuh dengan memuliakan dan mengagungkan.
Kemudian dipanggil Zat pemanggil dari sisi Allah yang Rahman: “Hendaklah
kamu semua menulis roh itu dalam Illiyyin lalu kembalikanlah ke
bumi.”
Maka mereka mengembalikan
roh seorang mukmin ke dalam tubuhnya dan ia dibukakan pintu syurga,
ia melihat tempatnya di syurga sampai datangnya hari kiamat.
Dan bahawasanya rohnya
orang-orang kafir sewaktu dicabut maka para malaikat azab sama membawa
naik roh itu ke langit dunia. Maka ditutuplah pintu-pintu langit
yang lain dan ia diperintah mengembalikan ke tempat berbaring tubuhnya,
kuburnya disempitkan dan ia dibukakan pintu neraka. Oleh kerananya
ia melihat tempat kediamannya kelak sampai datangnya hari kiamat.
Dalam hal ini sebagaimana pernah disabdakan Nabi SAW, sehingga bahawasanya
mereka mendengar suara sandal-sandal kalian, hanya saja mereka terhalang
dari berkata.
Sebahagian Hukama’ ditanya tentang tempat
roh-roh setelah mati, maka ia menerangkan sebagai berikut:
1. Bahawasanya
roh-roh para Nabi berada dalam Syurga Adn, ia berada dalam liang
yang menyenangkan tubuhnya. Adapun tubuh bersujud kepada Tuhannya.
2. Roh-roh para Syuhada berada di
syurga Firdaus, pada tengahnya syurga itu berada dalam telih burung
yang hijau yang terbang di syurga sekehendak hatinya. Kemudian
datang keqanadil yang digantungkan di Arasy.
3. Adapun roh-rohnya anak-anak kecil
yang Islam berada dalam telih burung pipitnya Syurga.
4. Roh-rohnya para anak-anak musyrik
berputar-putar di syurga dan ia tidak punya tempat, sampai hari
kiamat. Lalu mereka melayani para mukminin.
5. Roh-rohnya orang-orang mukmin yang
mempunyai hutang dan aniaya digantung diangkasa. Ia tidak sampai
ke syurga dan tidak pula ke langit sampai ia membayar hutangnya
dan penganiayaannya.
6. Roh-rohnya orang-orang Islam yang
berdosa diazab dalam kubur beserta tubuhnya.
7. Roh-rohnya orang-orang kafir dan
munafik dalam penjara neraka Jahannam dipintakan diwaktu pagi
dan petang.
Dan
disebutkan, bahawasanya roh adalah merupakan jisim yang halus.
Oleh kerana itu tidak dapat dikatakan jika Allah itu mempunyai
roh. Sebab mustahil kalau Allah mempunyai tempat seperti jisim-jisim.
Dan dikatakan bahawa roh adalah merupakan sifat dan dikatakan
pula kalau ia pecah jadi angin, maka kedua perkataan ini adalah
perkataannya orang yang mengingkari adanya seksa kubur.
Ada diceritakan, bahawasanya
seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, maka mereka bertanya kepada
baginda tentang roh dari Ashabi Raqim dan dari Raja Dzil Qarnain.
Dengan perdebatan Yahudi itu maka turunlah surah Al-Kahfi.
Dan diturunkan tentang haknya roh adalah Firman
Allah SWT.
^ Kembali ke atas ^