Tajuk:
Belakang Bererti
Hadapan
bu
Bakar Al-Kalbi menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan
Juha* di Kufah. Ketika itu dia sengaja datang
ke Kufah untuk pergi ke rumah hakim. Sesampainya di sana dia berjumpa
dengan seorang syeikh sedang duduk berjemur di panas matahari.
. “Wahai Syeikh! Di mana
rumah tuan hakim?” Tanya Abu Bakar Al-Kalbi kepada Syeikh itu..
“Wara’aka (di belakangmu).” Jawab Syeikh itu. Maka Abu Bakar
pun berpatah balik ke belakang untuk mencari rumah yang dimaksud.
“Subhanallah, mengapa engkau berbalik ke belakang?” Tegur Syeikh
itu tiba-tiba.. “Tuan kata
“di belakangmu”, jadi saya balik ke belakanglah.” Jawab Abu Bakar..
“Dengarlah saudara. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku dari Ibnu
Abbas mengenai firman Allah ....” Lalu Syeikh itu membaca surah
Al-Kahfi, ayat 79 yang ertinya:
“Kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil setiap
perahu dengan paksa.”
“Ikramah berkata,” Kata syeikh itu lagi. “Di belakang mereka maksudnya
di hadapan mereka.” Barulah Abu Bakar Al-Kalbi faham bahawa rumah
tuan hakim yang sedang dicarinya ada di hadapannya. “Subhanallah......”
Kata Abu Bakar kagum. Kemudian dia bertanya: “Syeikh ini Abu siapa......?”
. “Abul Ghusn.” Jawabnya..
“Nama yang sebenar?” Tanya Abu Bakar lagi.
. “Juha.” Jawabnya. ***
Ubbad bin Suhaib juga menceritakan pengalaman
yang sama dengan Abu Bakar Al-Kalbi ketika datang ke Kufah. Dia
datang ke kota itu untuk mendengarkan tilawah Al-Quran dari Syeikh
Ismail bin Abi Khalid. Ketika dia sedang tercari-cari tiba-tiba
bertemu dengan seorang Syeikh sedang duduk-duduk. “Wahai syeikh,
di mana rumah Ismail bin Abi Khalid?” Tanya Ubbad bin Suhaib. “Terus
ke belakang.” Jawab orang tua itu. “Jadi aku mesti berpatah balik?”
Tanya Ubbad. “Aku cakap di belakangmu, mengapa mesti berpatah balik.”
“Tuan cakap wara’aka, bererti kan di belakangku.” Kata Ubbad bin
Suhaib. “Bukan begitu. Ikramah telah mengkhabarkan kepadaku tentang
firman Allah “Wa kana wa ra’ahum”, maksudnya “di hadapan mereka.”
Ubbad kagum akan kecerdikan orang tua itu..“Siapa
nama tuan?” Tanya Ubbad..
“Nama saya Juha.” Jawab orang tua itu. ***
^ Kembali Ke atas ^
Pekikan Jubah
Abul Hasan menceritakan
pula bahawa seorang lelaki telah mendengar suara orang berteriak
dan mengadu kesakitan di rumah Juha.
.
“Aku mendengar suara pekikan di rumah tuan, apa gerangan?” Tanya
lelaki itu kepada Juha. “Jubahku jatuh dari atas rumah.” Jawab Juha.
“Err..hanya jubah jatuh pun sampai terpekik-pekik?” “Engkau ini
bodoh. Jika engkau sedang memakai jubah, dan jubah yang dipakaimu
jatuh, bukankah engkau ikut jatuh bersamanya?” Kata Juha. ***
^ Kembali Ke atas ^
Kubur
Di Atas Tanah
Suatu hari seorang jiran
Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggung jawab ke atas pengkebumiannya.
Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan.
Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur
berkenaan dengan upah menggalinya.
.
Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya
lima dirham, dan kalau tidak, dia tidak mahu menggali kubur. Juha
tidak setuju akan bayaran sebanyak itu. Tiba-tiba dia pergi ke pasar
membeli beberapa biji kayu papan dengan harga dua dirham dan dibawanya
ke perkuburan..“Buat apa
kayu itu?” Tanya orang ramai.
.
“Tukang gali kubur tidak mahu menggali kuburan kalau tidak dibayar
sekurang-kurangnya lima dirham. Aku beli papan ini dengan harga
dua dirham sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiranku itu dengan
papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih
untung tiga dirham. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan
kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di
dalam kubur. ***
^ Kembali Ke atas ^
Unta
Minta Upah?
Suatu ketika Juha pergi
keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan
ke atas untanya untuk dibawa balik. Tiba-tiba unta yang dikenderainya
lari dengan membawa gandum yang baru digiling itu. Setelah beberapa
hari kemudian, Juha menjumpai untanya. Akan tetapi Juha mengelak
daripada dilihat oleh untanya.
“Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu?” Tanya seseorang
kepadanya. “Aku khuatir unta itu meminta wang tambang kepadaku.
Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya.” Jawab Juha.***
Pada suatu musim haji, ayah Juha keluar ke Makkah
untuk mengerjakan ibadah haji.
Ketika ayahnya akan berangkat, Juha berpesan: “Ayah jangan terlalu
lama pergi. Usahakan ada di sini semula pada Hariraya Aidiladha
agar kita dapat menyembelih kurban bersama.” ***
^ Kembali Ke atas ^
Kambing Ajaib
Semasa remajanya, Juha
pernah disuruh ke pasar oleh ayahnya untuk membelikan kepala kambing
bakar. Dia pun pergi dan membeli sebuah kepala kambing bakar yang
baik dan dibawanya pulang. Di tengah perjalanan, Juha berhenti dan
membuka kepala kambing itu, lalu dimakannya kedua-dua matanya, kedua-dua
telinganya, lidahnya dan otaknya. Kemudian sisanya yakni tengkorak-
tengkoraknya dibawa pulang dan diserahkan kepada ayahnya.
.
Sudah tentu ayahnya sangat terkejut kerana kepala
tersebut sudah kosong dan bahagian-bahagian lainnya juga hilang.
“Celaka kamu, apa ini?” Kata ayahnya..
“Itulah kepala yang ayah minta.” Jawab Juha. “Mana kedua-dua matanya?”
Tanya ayahnya lagi.. “Ia
adalah kambing buta.” Jawab Juha..
“Mana kedua-dua telinganya.” .
“Kambingnya tuli.” Jawab Juha. “Lidahnya juga tidak ada, ke mana?”
Tanya ayahnya. “Kambing itu kelu agaknya.” Jawab Juha. .
“Sampai pada otaknya juga tidak ada, ke mana?” “Kambingnya botak.”
Jawab Juha. Ayahnya tidak dapat menerima kepala kambing yang tidak
sempurna itu kerana merasa rugi. “Celaka engkau Juha. Sila kembalikan
kepala kambing ini kepada penjualnya, dan tukar dengan yang lain.”
Kata ayahnya. .“Pemiliknya
telah menjual kambing itu tanpa sebarang cacat.” Jawab Juha. ***
^ Kembali Ke atas ^
Membeli Bangkai
Suatu hari Juha
melihat budak-budak mempermain-mainkan seekor burung yang sudah
mati. “Boleh jual kepadaku burung itu?” Tanya Juha. “Burung sudah
mati akan engkau beli, buat apa?” Tanya budak-budak itu. “Aku
memang ingin memilikinya.” .
“Kalau nak juga, sila beli.” Kata budak-budak itu.
.
Juha membayar burung mati itu dengan harga satu
dirham kemudian dibawanya pulang. Sesampainya di rumahnya, ibu hairan
dan marah. “Hai Juha! Buat apa kau bawa burung yang sudah jadi bangkai
itu?” Tanya ibunya. “Diamlah bu. Jika burung itu hidup, aku tidak
sanggup mengeluarkan seratus dirham untuk membeli makanannya.” Jawab
Juha. ***
^ Kembali Ke atas ^
(*) Juha Al-Kufi Al-Fazzari, juga dikenali sebagai
Abul Ghusn adalah seorang yang terlalu pelupa dan lurus walaupun
cerdik, sehingga perjalanan hidupnya banyak yang aneh. Ibunya adalah
khadam kepada ibu Anas bin Malik, sahabat Nabi SAW.
Al-Jauhari di dalam kitab menamakannya Juha. Pengarang
kitab “Al-Qamus” mengatakan bahawa Juha adalah gelarannya, sedang
namanya yang sebenar adalah Dajin bin Thabit. Akan tetapi Ibnu Hajar
di dalam kitab “Lisanul Mizan” menafikan bahawa Juha adalah Dajin
bin Thabit. Selain Juha Al-Kufi yang berbangsa Arab ini, ada lagi
orang bernama Juha, tapi berasal dari Turki. Sehingga kadang-kadang
kisah kedua-dua Juha itu bercampur.