Profil
Iklan Darul Nu'man
Laman Utama
Laman UtamaPANAS!!!Senarai Buku Terbitan DNAWAS!!!Borang Jejak KasihMutiara HikmahJemput LayarSampaikan Temanku

Laman Utama Jejak Kasih

MOHAMMAD BIN YUSUF MENCARI SAUDARA MARA

Assalamualaikum

Saya Mohammad bin Yusuf berasal dari Kg. Karamunting, Sandakan Sabah (tempat Lahir) dan kini menetap di Kg. Buang Sayang, Papar ingin mencari pakcik-pakcik atau pun sepupu yang saya sendiri tidak tahu di mana mereka ini berada sekiranya mereka ini masih hidup yang mana mereka ini berasal daripada Kota Kinabalu (pantai barat).

Menurut ceritanya bapa saya meninggalkan keluarga pergi ke Sandakan sewaktu perang Jepun dan berkahwin di sana dan tidak pernah balik-balik sehinggalah dia meninggal. Bapa saya ini bernama Yusuf Bin Ali dan berbangsa Kadazan+ Melayu.

Untuk makluman, sehingga kini saya tidak pernah mengenali akan pakcik-pakcik saya ataupun sepupu-sepupu saya di sebelah bapa saya, untuk itu sesiapa yang ada kehilangan keluarga atau pun ada persamaan jalan ceritanya bolehlah berhubung dengan saya yang beralamat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan boleh dihubungi di talian 088-21800.

moyus_5585 @yahoo.com

 

^ Kembali ke Jejak Kasih ^


All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991