Profil
Iklan Darul Nu'man
Laman Utama
Laman UtamaPANAS!!!Senarai Buku Terbitan DNAWAS!!!Borang Jejak KasihMutiara HikmahJemput LayarSampaikan Temanku

Laman Utama Jejak Kasih

AMIRUDDIN BIN ILYAS MENCARI IBU KANDUNG JAMILAH BTE MAIDEN

Assalamualaikum...


Saya Amiruddin bin Alias, berasal dari Sentul Kuala Lumpur...Saya ingin mencari ibu yang selama ini tidak pernah saya kenali sejak kecil lagi...saya amat-amat berharap agar dapat diketemukan semula dengannya...

Sejak kecil...1 tahun (mungkin) saya ditinggalkan selepas kematian abah (cerita opah)...dan sehingga kini usia saya sudah pun menjangkau 24 tahun, saya tidak pernah kenal siapa ibu saya...gambar/saudara mara sebelah ibu langsung saya tak kenal...tapi alhamdulillah saya masih ada saudara mara...itupun sebelah abah...walaupun abah meninggal sejak saya kecil, tapi saya dapat melihat wajah abah...itupun melalui gambar hitam putih yang entah dimana saya dapat...Sejak saya ditinggalkan, opah menjaga saya utk sementara waktu...selepas itu saya dihantar oleh nenek ke Rumah Anak-Anak Yatim Ulu Kelang disebabkan kesihatan nenek yang tak mengizinkan...selepas tamat belajar, saya keluar dari Rumah Anak-Anak Yatim dan duduk semula dengan opah untuk menjaganya...tapi takdir menentukan...opah pergi buat selama-lamanya beberapa tahun selepas saya duduk bersamanya...selepas opah pergi, tinggallah saya duduk seorang diri...

7 bulan selepas opah pergi, saya bertunang dengan perempuan idaman hati dan setahun selepas itu (tahun lepas)saya sudahpun menamatkan zaman bujang tanpa sempat mencari ibu...memang niat dihati (dekat2 nak kawin) nak mencari dan berhajat sangat nak bertemu siapakah ibu yang telah melahirkan...tapi...mungkin belum ada rezeki...saya masih lagi tercari2 siapakah ibu...Tahun lepas (slps 3 bulan berkahwin) saya dan isteri bercadang utk pergi ke Johor, itupun selepas mendengar cerite seorang jiran di Sentul yang kampungnya di Johor yang mengenali ibu sejak ibu tinggal di Sentul dan menyatakan yang mereka selalu berjumpe dengan ibu dan tahu dimana rumah ibu...tapi...seperti yang saya katakan mungkin tiada rezeki lagi...kerana setiap kali kami bercadang untuk mencari, setiap kali itulah ada saja dugaan yang mendatang...

Dengar cerita...ibu sekarang menetap di Muar, Johor (mungkin)...dan telah berkahwin dengan kakitangan JKR (mungkin), sekarang menetap di Kuarters kakitangan JKR...dengar cerita dari saudara mara...saya mempunyai adik lelaki (seibu sebapa) bernama Aminuddin, berumur 23 tahun...adik saya pun saya tak pernah kenal kerana semasa ibu meninggalkan saya, ibu bawa adik bersama...

"Buat mak...mak yang amir kenal melalui nama saje...itupun melalui surat beranak iaitu tertera nama ibu...JAMILAH BTE MAIDIN!!!...baliklah...tak sabar rasanya nak melihat,menatap dan mengenali siapakah mak...dan tak sabar rasanya nak kenalkan mak dengan menantu mak iaitu perempuan penyeri hati dan pengarang jantung hidup amir..."

Sekiranya sesiapa yang ada maklumat atau mengenalinya...tolonglah hantarkan maklumat...mungkin dengan bertemunya saya dengan mak... pasti Hari Raya tahun nie lebih bermakne buat saya dan isteri tercinta...
- Jamilah binti Maidin, berkahwin dan menetap di kuarters kakitangan JKR Muar, Johor (mungkin), mempunyai anak yang seibu sebapa dengan saya bernama Aminuddin bin Alias (23/22 tahun)
- Nama opah...Zaleha binti Said!!!


Tolonglah sesiapa yang mengenali...hantarkan maklumat ke
amier_za@hotmail.com

Sekian. Wassalam....

 

 

^ Kembali ke Jejak Kasih ^


All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991