|
||||
|
KHAIRUL FAIZI BIN A RAHMAN MENCARI SALASILAH KELUARGA ALLAHYARHAM BOLOK Assalammualaikum w.b.t, Saya Khairul Faizi bin A Rahman adalah salah seorang waris Keluarga Allahyarham Bolok dan Allahyarhamah Hajah Sofeah. Hubungan saya dengan mereka adalah 'double' cicit. Mengikut hirarki Keluarga Allahyarham Bolok, Allahyarham Bolok mempunyai 5 orang anak iaitu Wagiman bin Bolok,Warni binti Bolok,Warina binti Bolok,Musa bin Bolok serta Waridin bin Bolok. Yang dapat dikesan ialah hanya Keluarga Waridin bin Bolok yang mana, Allahyarham Waridin bin Bolok ini adalah moyang saya dan kami sudah dapat berkumpul tiap-tiap tahun semasa Rumah Terbuka Keluarga Hari Raya Aidilfitri. Saya berasa amat berbesar hati sekiranya waris Wagiman bin Bolok, Warni binti Bolok, Warina binti Bolok dan Musa bin Bolok sama ada anak, cucu, cicit atau 'double' cicit yang masih mengetahui salasilah keluarga mereka yang bersangkutan dengan nama keluarga yang saya sebutkan tadi dan sedang membaca mesej saya dapat menghubungi saya segera dengan menreply serta menghantar emel kepada saya. Sekiranya anda masih sangsi sama ada keluarga anda bersangkutan dengan keluarga saya, saya kebanyakkannya sudah berpecah. Ada antara mereka ada di Peserai, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Gombak dan lain-lain tempat. Mereka ini kebanyakkan 100% berketurunan Jawa. Sekiranya anda masih tidak yakin dengan fakta ini, saya mengalu-alukan soalan daripada anda semua kepada emel saya faizi_daredevil@hotmail.com. Sekian, terima Kasih. Kiriman,
|