Profil
Iklan Darul Nu'man
Laman Utama
Laman UtamaPANAS!!!Senarai Buku Terbitan DNAWAS!!!Borang Jejak KasihMutiara HikmahJemput LayarSampaikan Temanku

Laman Utama Jejak Kasih

MENCARI KEHILANGAN PEMBERIAN IBU TERSAYANG

Pada suatu hari ( hari Ahad ) lebih kurang 10 tahun lepas, saya telah kehilangan sebentuk cincin batu Aqik berikatkan suasa (seperti gambar di bawah) di tingkat 2, Bangunan Wisma Yakin (di hadapan tingkap bahagian tandas lelaki), Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Disebabkan ada nilai sentimental dan nostalgia disebalik peristiwa cincin tersebut, kerana ia merupakan hadiah dari ibu, maka saya masih mengharapkan agar cincin itu dapat saya miliki kembali, insya Allah.

Sila 'Klik' untuk Gambar Lebih Jelas

( Bentuk batu Aqiknya sebesar syiling 20 sen )

Dalam ruang Jejak Kasih Darul Nu’man ini saya sangat mengharapkan dan merayu kepada sesiapa yang menemuinya atau menyimpannya selama tempoh tersebut, kiranya dapat mengembalikannya dengan menghubungi saya
(En. Muhammad) di nombor berikut;

016 - 2141 786

Jika cincin tersebut ditemui, Insya Allah, ganjaran lumayan akan diberikan kepada sesiapa yang mengembalikannya. Saya amat berharap agar cincin suasa tersebut dapat dikembalikan dengan seberapa segera. Semoga Allah memberkati anda dalam memenuhi hajat murni saya ini, amiin.

Sekian, ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya.
Wassalam.

 

^ Kembali ke Jejak Kasih ^


All Right Reserved Darul Nu'man © EMAG 1991