Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Bimbingan Lengkap Solat-Solat SunnatMisteri Aura & Energi SOLAT

Ancaman dari Langit & Bumi
Besarkan Imej


Ancaman dari Langit & Bumi

Harga: RM25.00


Tajuk: Ancaman dari Langit & Bumi
Pengarang: Abd Ghani Azmi Hj Idris
Kod: DN 308
ISBN: 983-046-232-3
Kandungan: 624 m.s.

* 1 naskah: 0.72kg
* 10 naskah: 7.2kg

Bangsa yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah menjual agama mereka dengan harga yang murah. Agama disingkirkan dari sebarang aktiviti kehidupan kerana menurut mereka sebagai penghalang kemajuan. Konsep sesat inipun mulai ditiru oleh sebahagian besar umat Islam, sehingga mereka mulai meninggalkan ajaran Islam yang murni.

Dalam merealisasikan impian dan wawasan, mereka merujuk dengan ideologi serta isme-isme ciptaan manusia yang syirik. Nilai iman dan kufur menjadi kabur, begitu juga halal dan haram tiada gunanya lagi demi mengejar kemajuan yang bersifat materialistik. Mereka tidak menghiraukan lagi ancaman seksaan Allah atas dosa dan maksiat yang dilakukan, yang menjadi impian mereka hanyalah kekayaan, kemewahan dan kekuasaan.

Semoga buku ini dapat memberikan ilmu kepada setiap individu dalam membuat perbandingan antara dosa dan pahala, agar umat Islam terhindar dari bencana yang menyeksakan.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini