Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Amalan & Ibadat SeharianSolat - Kesannya Keatas Iman & Nafsu

Kesalahan dalam Solat
Besarkan Imej


Kesalahan dalam Solat

Harga: RM5.00


Tajuk: Kesalahan dalam Solat
Penulis: Drs Hj Syahrin Nasution
Kod: DN 489
ISBN: 983-046-426-1
Kandungan: 104 m.s.

Sesungguhnya Solat itu tiang agama yang menjadi tonggak segala amalan manusia. Jika ia baik dan terpelihara, nescaya perlakunya akan berbahagia aman sejahtera. Sebaliknya jika terabai dan dibiarkan maka akan sentiasalah dalam kerugian serta hidup dalam kemeralatan di dunia dan di hari pembalasan.

Lantaran kuatnya pengaruh ibadah Solat terhadap amalan, Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh dan pedoman agar manusia mendapat garis panduan tentang Solat yang berkesan. Juga agar mendapat rahmat dan berkah serta taufiq dan hidayah dari Allah SWT yang menjadikan hambaNya khusyuk, tawaduk dan sentiasa mengakui kebesaranNya dalam mejalani kehidupan.

Buku ini menceritakan tentang beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh umat Islam di dalam Solat. Walaupun ia dianggap kecil, namun membawa akibat yang besar sehingga ada antara kesalahan yang boleh membatalkan Solat itu sendiri. Semoga kita dapat mengambil pedoman dan pengajaran lantas memantapkan pengetahuan mengenai cara mendirikan ibadah Solat dengan sempurna, Insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini