Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Motivasi Diri Sebagai Khalifah Di BumiMengenali Penyakit - Panduan Mencegah & Merawatnya

Amalan Ibadah & Doa Warisan Rasulullah SAW - Al Hisnul Hasin
Besarkan Imej


Amalan Ibadah & Doa Warisan Rasulullah SAW - Al Hisnul Hasin

Harga: RM20.00


Tajuk: Amalan Ibadah & Doa Warisan Rasulullah SAW - Al Hisnul Hasin
Pengarang: Muhammad Al Jazri
Kod: DN 175
ISBN: 983-046-096-7
Kandungan: 424 m.s.

Rahmat dan hidayah Allah SWT dikurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah SWT menyelamatkan daripada penindasan, penganiayaan dan kezaliman bahkan Allah juga memberikan kasih sayang dan kesejahteraan kepada setiap hambaNya di alam semesta ini. Namun begitu, Allah Azza Wajalla menjadikan doa sebagai perantara untuk mengubah takdir dan menjadikannya sebagai senjata para mukmin.

"Amalan & Ibadat Sepanjang Zaman" ini merupakan amalan doa warisan penghulu para anbiya' dan para Rasul, insan suci dan dipelihara oleh Allah SWT. Rasulullah SAW menjadikan 'Doa' sebagai senjata ampuh dan kubu yang kukuh serta tempat berteduh, di saat suka dan duka. Maka selayaknya kita mengikut jejak Rasul dalam bermunajat dan berdoa kepada Illahi demi mengharapkan keampunan dan keredhaanNya.

Semoga 'Kubu Yang Kukuh' ini dapat dijadikan amalan bagi mempertahankan iman dan amal kita dalam menerokai ranjau perjuangan hidup insan sepanjang zaman, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Amalan Seharian Amalan Ibadah & Doa Warisan Rasulullah SAW - Al Hisnul Hasin