Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Himpunan Isu-isu Feqah TerpilihPeranan Anak terhadap Ibu Bapa

Amalan Zikir & Doa Para Sahabat
Besarkan Imej


Amalan Zikir & Doa Para Sahabat

Harga: RM13.00


Tajuk: Amalan Zikir & Doa Para Sahabat
Penulis: Syeikh Muhammad Yusuf
Kod: DN 490
ISBN: 983-046-427-X
Kandungan: 320 m.s.

Zikir dan Doa berperanan besar dalam amalan hidup makhluk yang bernama manusia. Ia merupakan penawar jiwa, penghibur hati, penyeri kalbu dan pelindung jasad dari malapetaka serta mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah Yang Maha Esa. Lenyaplah keluh-kesah dengan sebutan lidah dan tumpuan minda yang diiringi penghayatan serta hajat pengharapan bersulam pengabdian dan kerendahan diri di hadapan Rab alam semesta.

Zikir dan Doa memberi ketenangan diri bila dilanda keresahan, memberi kekuatan dikala hamba dihimpit tekanan dan petunjuk jalan keluar dari segala simpulan yang tidak dapat diselesaikan. Ianya adalah amalan penghubung antara hamba dengan Khaliq. Dia Maha Kuasa ketika kita sedar tentang sifat kelemahan, Dia Maha Pengampun ketika kita sedar tentang dosa dan kesalahan.

Buku lanjutan dari kitab ‘Hayatus Sahabah’ ini memaparkan Zikir dan Doa yang menjadi amalan para sahabat Baginda SAW sepanjang perjuangan mereka. Semoga ada manfaatnya bagi kita semua dalam beramal untuk kebaikan di dunia dan akhirat, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Amalan Seharian Amalan Zikir & Doa Para Sahabat