Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Surah Yasin, Tahlil dan Doa (Lipat Accordian)Tafsir Mimpi

Realiti & Keajaiban Kisah Haiwan - 1001 Mergastua - Siri 1
Besarkan Imej


Realiti & Keajaiban Kisah Haiwan - 1001 Mergastua - Siri 1

Harga: RM10.00


Tajuk: 1001 Mergastua - Realiti & Keajaiban Kisah Haiwan - Siri 1
Pengarang: Mohd Ghazali Ibrahim
Kod: DN 305
ISBN: 983-046-233-1
Kandungan: 234 m.s.

Cakerawala minda dan alam fantasi merasa terpegun dalam merenungi keajaiban peristiwa yang dicipta oleh Ilahi. Keanehan dan keajaiban itu merupakan realiti yang tersimpan di dalam memori insan, sehingga dapat menyumbangkan teladan dan pedoman dalam kehidupan. Peristiwa menakjubkan itu juga adalah pembuktian atas keingkaran umat dan perjuangan para nabi serta salafussolihin.

Paparan kebenaran liku-liku kehidupan haiwan mengungkapkan sejarah silam yang disulam dalam keyakinan sebagai penyaksian bahawa betapa besar dan agungnya Pencipta alam ini. Kisah haiwan yang mewarnai celah-celah kehidupan manusia merupakan peristiwa misteri yang melangkaui batas logika. Hanya keimanan mampu membenarkan, sesungguhnya tiada satu perkara yang mustahil di sisi-Nya.

Semoga kisah mergastua yang dipetik dari susunan indah dalam al Quran ini menambahkan keyakinan kita dan sebagai saksi terhadap kebesaran Allah SWT.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Kisah-kisah Teladan Realiti & Keajaiban Kisah Haiwan - 1001 Mergastua - Siri 1