Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Memori Jumaat - Siri Diari Seminggu 6Karamah Para Sahabat - Kisah-kisah Mengenainya

Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati - 2002 Duka - Siri 2
Besarkan Imej


Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati - 2002 Duka - Siri 2

Harga: RM10.00


Tajuk: 2002 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati - Siri 2
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
Kod: DN 277
ISBN: 983-046-205-6
Kandungan: 272 m.s.

Dalam menguak arus kehidupan menuju destinasi kemurnian fitrah, berbagai delima mewarnai fenomena perjuangan. Cubaan yang melanda kadang kala bagaikan sembilu yang menghiris kalbu sehingga meninggalkan parut untuk dikenang hingga akhir hayat. Semuanya menjadi memori dalam minda umat sehingga mencambahkan lagi semangat dan motivasi menuju kebenaran yang hakiki.

Peristiwa silam merupakan kenangan yang diukir insan mulia dengan tinta sejarah, menghiasi dan mengisi relung hati umat masa kini. Setiap goresan ukirannya bukan setakat fatamorgana namun merupakan realiti yang telah ditetapkan Illahi. Kepiluan dan titisan air mata mengisi ruang-ruang kedukaan insan yang diuji oleh Allah. Bagi yang sabar mendapat rahmat dan yang ingkar mendapat kehinaan.

Hari esok merupakan perjuangan, hari ini adalah realiti dan kelmarin merupakan kenangan. Sesungguhnya kenangan, kepiluan dan kesyahduan menguak tabir perasaan yang menyayat hati tersimpan dalam 2002 Duka.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Anda Di Sini