Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Kelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban & RamadhanIlmu & Disiplin Memahami Al-Qur'an

Khazanah Mutiara Hikmah - Suami Isteri & Bakal Pengantin
Besarkan Imej


Khazanah Mutiara Hikmah - Suami Isteri & Bakal Pengantin

Harga: RM10.00


Tajuk: Khazanah Mutiara Hikmah - Suami Isteri & Bakal Pengantin
Pengarang: Ibrahim Muhammad
Kod: DN 283
ISBN: 983-046-207-2
Kandungan: 280 m.s.

Belaian kemesraan dan kasih sayang merupakan gejolak rasa yang menyatu dalam jiwa pasangan yang bercinta. Kerinduan sentuhan dan cinta asmara merupakan impian yang akan melahirkan kedamaian dan ketenteraman lahir dan batin dalam sanubari pasangan suami isteri. Kecenderungan fitrah insaniah menjadikan rumahtangga bertambah berseri akhirnya membuahkan mahligai impian dalam khazanah cinta yang membara.

Perkahwinan yang murni mengandungi formula kesetiaan antara dua insan untuk melanjutkan sunnah dan mengisi fitrah yang dianugerahkan Allah. Ikrar cinta kasih dengan cara pernikahan merupakan kerelaan dua insan untuk melayari bahtera rumahtangga menuju kenikmatan tanpa tepi. Memahami seni nafkah batin sesuai dengan kehendak dan ajaran Islam menjadikan perkahwinan sebagai ibadah yang memiliki pahala tidak terhingga.

Semoga buku ini dapat memberikan panduan kepada individu yang ingin menjalinkan kemesraan yang bermakna dalam kehidupan berumahtangga, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

ABDULGHAZANI  (Rabu, 11 Mei 2011)
Penarafan: 5
sangat baikrn




Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Perkahwinan Khazanah Mutiara Hikmah - Suami Isteri & Bakal Pengantin