Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

4004 Malam - Kisah Simbaz Dalam Pelayaran - Siri 4Bioteknologi - Teknologi Perubatan & Pandangan Islam

Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah
Besarkan Imej


Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah

Harga: RM10.00


Tajuk: Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah
Penulis: Abu Qistina Aziz Al Madani
Kod: DN 437
ISBN: 983-046-369-9
Kandungan: 248 m.s.

* 1 naskah: 0.35kg
* 10 naskah: 3.5kg

Keperibadian mulia seorang wanita menghiasi kehidupannya umpama permata yang indah berkilauan. Sifat kelembutan, penyayang dan penuh kemesraan merupakan fitrah yang telah dianugerahkan Allah SWT dalam diri seorang wanita. Begitu juga sifat pengorbanan dan pengabdian yang tersimpan dalam relung kalbunya mampu mempertahankan kedudukannya sebagai seorang insan yang bertaqwa. Jika wanita berpegang teguh dan menjunjung tinggi harkat dan martabatnya, maka ia umpama sekuntum bunga harum mewangi menghiasi taman-taman syurga.

Wanita solehah akan sentiasa menghiasi kehidupannya dengan bimbingan menuju jalan kebenaran. Mereka sangat merindui kesenangan dan kenikmatan abadi di akhirat. Mereka sentiasa sujud dengan penuh tawaduk merendahkan diri kepadaNya dengan rasa kesyahduan dan keinsafan. Pengabdiannya sebagai seorang hamba Allah dan pengorbanan sebagai seorang insan meletakkan kedudukan wanita ke tahap yang tinggi dan mulia. Sesungguhnya personaliti seorang wanita solehah mampu membentuk dan merubah wajah ummah ke arah yang lebih cemerlang.

Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai bahan rujukan dalam memahami jatidiri dan keteguhan iman seorang wanita solehah, sehingga menjadi pedoman dan panduan dalam mencari kebahagiaan hakiki di akhirat nanti, insya Allah.




Jenis Produk: Buku

Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Wanita & Kaum Ibu Di Sebalik Tabir Kemuliaan Wanita Solehah