Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati - 2002 Duka - Siri 2Karamah Para Sahabat - Kisah-kisah Mengenainya

Panduan Akikah, Khatan & Korban
Besarkan Imej


Panduan Akikah, Khatan & Korban

Harga: RM5.00


Tajuk: Panduan Akikah, Khatan & Korban
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
Kod: DN 361
ISBN: 983-046-287-0
Kandungan: 120 m.s.

* 1 naskah: 0.15kg
* 10 naskah: 1.5kg

Akikah adalah penyembelihan haiwan kerana menyambut kelahiran bayi. Hikmah amalan sunnah ini menunjukkan rasa kegembiraan, mensyukuri nikmat Allah serta merupakan amalan kemasyarakatan. Dengan akikah, anak dapat memberi pembelaan atau syafaat pada orang tuanya di hari kiamat. Kemudian agar anak tumbuh dan berkembang dengan sempurna, mereka hendaklah dikhatan supaya menjadi bersih sesuai dengan fitrahnya.

Amalan korban tersimpan berbagai rahsia dan hikmah, menambahkan lagi kesempurnaan iman dalam jiwa. Penyembelihan haiwan korban tersebut melambangkan pengorbanan hawa nafsu yang lebih mencintai dunia. Sangat besar rahmat yang menanti bagi orang melakukannya, kerana setiap bulu-bulunya dinilai sebagai kebajikan bahkan sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima disisi Allah SWT.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam menegakkan amalan sunnah yang dianjurkan syariat, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Kamu tidak akan masuk syurga, kecuali kalau kamu beriman, dan tidaklah beriman kalau kamu belum saling berkasih sayang. Mahukah kamu, aku tunjukkan sesuatu yang bila kamu kerjakan, kamu akan berkasih sayang antara satu sama lain? Tebarkanlah salam di antaramu.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Tauhid & Feqah Panduan Akikah, Khatan & Korban