Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Alam Jin & Syaitan serta Cara Mengatasi Gangguannya

Pedoman Mendekatkan Diri kepada Allah - Siri 1
Besarkan Imej


Pedoman Mendekatkan Diri kepada Allah - Siri 1

Harga: RM15.00


Tajuk: Pedoman Mendekatkan Diri kepada Allah - At-Targhieb Wat-Tarhieb (Siri 1)
Pengarang: Muhammad Idris Abdur Rauf Al Marbawi
Kod: DN 211
ISBN: 983-046-135-1
Kandungan: 384 m.s.

* 1 naskah: 0.5kg
* 10 naskah: 5kg

Sesungguhnya iman merupakan senjata dan benteng utama dalam menemani setiap langkah dan perjuangan seorang insan. Sebagai cahaya makrifatullah yang menerangi tabir hitam dalam kalbu. Dari situ tumbuh subur cita-cita dan harapan kerana sesungguhnya kehidupan ini merupakan kumpulan keinginan dan hasrat untuk memperolehi kebahagiaan. Bagi insan yang berpegang pada dahan yang kukuh, maka ia akan memperolehi kenikmatan untuk berpaut dan berteduh.

Rasa rindu yang mendalam memenuhi ruang hati dan sanubari setiap insan yang memperoleh nur hidayah. Segenap jiwa dan raga tertumpu pada harapan memperolehi redha Allah. Timbul dalam diri rasa gementar terhadap larangan dan kemurkaanNya. Sesungguhnya bertaqarrub kepada Ilahi menjadikan seseorang sentiasa berada di jalan yang lurus. Tiada kenikmatan yang lebih bererti, selain dari menikmati kelazatan dan kemanisan bermujahadah kepada Allah dengan menempuh jalanNya.

Semoga buku ini dapat membantu kita dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan pencipta yang Maha Berkuasa, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Tauhid & Feqah Pedoman Mendekatkan Diri kepada Allah - Siri 1