Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Dosa-dosa BesarMalam Pertama Di Alam Kubur (Edisi Bahasa Malaysia)

Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan
Besarkan Imej


Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan

Harga: RM25.00


Tajuk: Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan | Karya Sayyid Qutub
Penulis: As Syeikh Salim Al Bahnashawey
Terjemahan: Dr Basri bin Ibrahim
Kod: DN 465
ISBN: 983-046-402-4
Kandungan: 584 m.s.

* 1 naskah: 0.7kg
* 10 naskah: 7kg

Sayyid Qutub adalah antara penyumbang besar dalam khazanah penulisan ilmiah kepada umat Islam. Segala jiwa dan raganya dikorbankan demi agama ketika dunia semakin ghairah menekan dan menindas arus kebangkitan Islam. Kehidupannya dibayangi jeriji besi dan seksaan yang terus menerus sehingga terpisah dari dunia di tali gantung. Kemantapan iman dan ketulusan hati menjadi bekalan demi menghadapi segala rintangan dan cubaan.

Namun ada juga pihak yang telah terkeliru dengan pemikiran dan karya beliau sehingga menuduh dan memfitnahnya dengan berbagai tohmahan yang tidak benar. Ini lantaran silap pemahaman dan tidak mendalami isu yang beliau lontarkan di dalam karyanya “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Banyak perkara yang terpesong dari matlamat dan tujuan, kesan dari perasaan taksub, kekurangan pengetahuan dan sikap tergesa-gesa mengambil tindakan.

Buku ini menjelaskan tentang perselisihan dan silap tafsiran yang terdapat pada buku “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Pengarang telah mengemukakan perbagai dalil dan hujjah untuk membetulkan kembali kekhilafan yang berlaku agar kita semua dapat memahami maksud sebenar Sayyid Qutub dalam penulisannya, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Motivasi & Bimbingan Pendidikan & Tamadun Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan