Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

Himpunan Kisah-kisah Jin, Iblis, Syaitan - 3003 Misteri -Siri 3Barzanji & Terjemahan

K.A.L.A.M - Kaedah Mudah Belajar Membaca Al-Quran - Siri 2
Besarkan Imej


K.A.L.A.M - Kaedah Mudah Belajar Membaca Al-Quran - Siri 2

Harga: RM7.00


Tajuk: K.A.L.A.M - Kaedah Mudah Belajar Membaca Al-Quran - Edisi Jawi & Rumi (Siri 2)
Pengarang: Hj Johari Hj Alias
Kod: DN 057
ISBN: 983-9017-072-1
Kandungan: 168 m.s.

* 1 naskah: 0.2kg
* 10 naskah: 2kg

Pembelajaran mengaji atau membaca Al Quran dimasukkan sebagai salah satu ciri pendidikan agama Islam disamping pelajaran akademik lainnya di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan terlalu banyaknya pelajaran yang harus dihadapi oleh pelajar, maka penumpuan terhadap belajar mengaji ini tidak mempunyai masa yang sewajarnya. Akhirnya menimbulkan kesan yang kurang memuaskan dari segi kualiti pembacaan yang betul.

Sungguhpun telah ditemukan kaedah peringkat awal ini dengan membaca terus tanpa mengeja, namun sebahagian murid masih sukar memahaminya. Mereka masih perlu didedahkan fungsi atas, bawah, hadapan atau tanwin, begitu juga segi tajwid, makhraj, panjang dan pendek, barulah mereka mudah membacanya. Buku KALAM ini cuba mengintegrasikan antara kaedah membaca terus tanpa mengeja dengan menekankan perlunya pemahaman ilmu tajwid.

Kaedah KALAM ini diselaraskan dengan KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga buku ini dapat membantu memudahkan generasi muda mempelajari Al Quran, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Anda Di Sini Kategori Buku Pendidikan & Tamadun