Urut Tradisional MelayuTerpedaya - Cara Rawatan & Mengatasinya
![]() Besarkan Imej |
Rawatan Keracunan Hati |
|
Harga:
RM7.00
|
||
Tajuk: Rawatan Keracunan Hati * 1 naskah: 0.2kg Hati nurani insan beriman bagaikan cermin yang membiaskan cahaya kelembutan dan kebenaran. Sebaliknya hati nurani insan yang ingkar bagaikan bintik-bintik hitam yang memenuhi seluruh lembaran putih. Hati yang sihat melahirkan insan mulia, sedangkan hati yang sakit senantiasa merintih dalam kedukaan dan kebimbangan. Begitulah gambaran hati yang bersemayam dalam diri, mencorakkan segenap keperibadian dan perasaan seseorang. Penyakit keracunan hati bukan saja memusnahkan hidup seseorang, malah juga boleh menghancurkan sebuah negara jika pemimpinnya tidak mempunyai hati yang bersih dan niat yang ikhlas. Penyakit ini juga membawa kesan yang serius kepada lidah seseorang sehingga banyak kata-kata yang kesat, kotor, fasik dan batil keluar dari bibirnya. Untuk menghindari penyakit keracunan hati ini, maka hiasilah kehidupan dengan muhasabah dan mujahadah kepada Allah dengan mengharap redhaNya. Semoga buku ini memberikan bimbingan dalam merawat hati yang dirundung kepiluan, keresahan dan penyakit yang membawa kepada kehancuran. |
||
Ulasan Pelanggan:Tiada ulasan untuk produk ini.Sila log masuk untuk tulis ulasan. |
||