Remaja | Mengenal DiriKelebihan Amalan Bulan Rejab, Sya’ban & Ramadhan
![]() Besarkan Imej |
Adab Mendengar Irama & Lagu |
|
Harga:
RM8.00
|
||
Tajuk: Adab Mendengar Irama & Lagu * 1 naskah: 0.3kg Kemerduan bunyi dan suara merupakan ciptaan Ilahi sebagai suatu nikmat yang dirasa oleh deria pendengaran. Hasrat tersebut merupakan fitrah insaniah yang suka dengan suara merdu, samada keluar dari bibir manusia, haiwan ataupun alat muzik. Kemerduan itu menjadi bertambah sedap dinikmati apabila disertai senikata dan lagu. Menurut Imam Al Ghazali, sesetengah orang memang memerlukan sedikit hiburan yang mubah di sisi Islam untuk menyegarkan kembali fikiran yang letih. Beliau mengibaratkan sedikit hiburan itu bagaikan wajah yang putih bersih dan bertambah cantik jika ada sedikit tahi lalat. Namun jika tahi lalat muncul terlalu banyak, maka wajah yang cantik tadi menjadi buruk. Begitu juga jika berlebihan dalam mendengar irama dan lagu maka akan menumpulkan hati dan minda. Semoga buku ini dapat memberikan maklumat dan panduan tentang adab mendengar irama dan lagu yang dibenarkan menurut syarak, insya Allah. |
||
Ulasan Pelanggan:Tiada ulasan untuk produk ini.Sila log masuk untuk tulis ulasan. |
||