Buku Agama Islam Terbitan

Penyalur Inspirasi Ummah

E-mel

100 Doa dalam Al-Quran - Kisah & Amalannya

Rahmat Disebalik Dugaan
Besarkan Imej


Rahmat Disebalik Dugaan

Harga: RM10.00


Tajuk: Rahmat Disebalik Dugaan
Pengarang: Kasmuri Selamat MA
Kod: DN 263
ISBN: 983-046-185-8
Kandungan: 232 m.s.

* 1 naskah: 0.3kg
* 10 naskah: 3kg

Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Jiwa manusia menginginkan kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak selamanya langit itu cerah. Adakalanya mendung mewarnai perjalanan hari disebabkan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan Ilahi yang harus diterima dengan hati yang jernih.

Alahan dalam menerima ujian Allah SWT, mungkin disebabkan dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang tabah. Umar bin Abdul Aziz berkata, “tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT., kepada seseorang, lalu diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa dirinya dengan sabar, melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya”.

Semoga buku di tangan ini bermanfaat bagi kita semua dalam menghadapi dugaan dan sentiasa menghiasi peribadi dengan sifat kesabaran dan kesyukuran, insya Allah.




Ulasan Pelanggan:

Tiada ulasan untuk produk ini.
Sila log masuk untuk tulis ulasan.


Popular

Wadah Harian

Sesungguhnya Allah S.W.T. menjadikan dunia itu tiga bahagian; sebahagian bagi orang mukmin, sebahagian bagi orang munafik dan sebahagian bagi orang kafir. Maka orang mukmin menyiapkan perbekalan. Orang munafik, mengambilnya menjadi hiasan, dan orang kafir pula mengambilnya untuk bersenang-senang.

* Petikan: Imam Ghazali DN 082 1001 Mutiara Hikmah & Kata Nasihat

 
Anda Di Sini Kategori Buku Tasauf & Psikologi